Connect with us

Oh! Media

Proton X70 2022 Lancar Dengan Enjin 1.5L Turbo, Lebih Berkuasa Berbanding Model Sebelum Ini

proton x70 2022

Oh! Gear

Proton X70 2022 Lancar Dengan Enjin 1.5L Turbo, Lebih Berkuasa Berbanding Model Sebelum Ini

Proton yang merupakan sebuah pengeluar kereta tempatan baru saja melancarkan model Kenderaan Sukan Utiliti (SUV) X70 baharu hari ini. Apa kelainan yang dibawakan Proton kali ini?

BACA : #Legend Ini Dia Rupa Dan Penambahbaikan Proton Saga MC2 (2022) Yang Baru Saja Dilancarkan

Menurut laporan Kosmo, Proton X70 2022 ini dikuasakan dengan enjin 1.5L TGDi bersama pengecasan turbo dimana model sebelum ini menggunakan enjin 1.8L TGDi. 

IKLAN

Hal ini sekaligus membuatkan model ini akan lebih berprestasi dalam kecekapan bahan api.

b45959ad fd7f 4df4 9c59 1c48a5cde4fa

PROTON bangga memperkenalkan Proton X70 2022, model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan.

Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli.

Untuk pengetahuan, enjin ini mampu menghasilkan 177PS dan tork sehingga 255Nm. Pergh! Memang terbaik.

Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7 peratus dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar.

Ada yang berkenan dengan Proton X70 baru ini? Rekabentuk luaran dan dalaman kelihatan sama macam model sebelum ini, cumanya enjin je yang lain.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas