Connect with us

Oh! Media

Nissan Lancar Dua Varian GT-R, Versi Premium Dan Track Edition

B23d9b0f 7831 4979 aadd beb8bafa2b25

Oh! Gear

Nissan Lancar Dua Varian GT-R, Versi Premium Dan Track Edition

Hari ini, Nissan Motor Co. melancarkan secara rasmi dua varian baru Nissan GT-R untuk pasaran Jepun iaitu Premium Edition T-Spec dan GT-R Editiom Engineered by NISMO T-Spec. Pergh! Terbaiklah.

BACA : Nissan Lancar Kereta Sport GT-R Terbaru Esok?

Kedua-dua varian terbaru ini akan dijual bermula pertengahan Oktober ini. Apa itu T-Spec? Menurut laporan Careta, ia merujuk kepada ‘trend’ dan ‘traction’. 

IKLAN
Fc5e69d3 8990 4264 9abe 8e2291594d3e

Untuk varian T-Spec ini, ia didatangkan dengan brek seramik karbon eksklusif, spoiler belakang gentian karbon, pelingdung enjin eksklusif dan emblem eksklusif pada bahagian depan dan belakang.

Untuk warna, ia hadir dengan dua pilihan iaitu Midnight Purple dan Millenium Jade. Bukan tu jer, ia juga didatangkan dengan rekaan ruang kabin yang eksklusif, rim aloi Rays berwarna gangsa, serta sistem suspensi yang memfokuskan kepada pengurangan berat badan dengan harga RM599,877.

B5697cbd 66bd 459b ad26 f4ed75089f92

Untuk model GT-R Premium Edition T-Spec pula, ia hadir dengan bumbung dan trunk lind yang diperbuat daripada gentian karbon eksklusif dengan harga RM674,431.

Apa pandangan korang? Dapat merasa naik sekali pun jadilah. 

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas