Connect with us

Oh! Media

Nissan Lancar Kereta Sport GT-R Terbaru Esok?

Nissan

Oh! Gear

Nissan Lancar Kereta Sport GT-R Terbaru Esok?

Nissan GT-R merupakan sebuah kereta sport yang menjadi kegilaan para-para jejaka diluar sana, betul tak? Untuk pengetahuan, Nissan akan memperkenalkan satu lagi kereta sport terbaru mereka di pasaran Jepun esok gais.

ADVERTISEMENT

BACA : Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur Baru ‘Jalan’ 10km, Harga Bidaan Bermula RM1.87Juta!

Menerusi laporan Pandu Laju, mereka menjangkakan model yang akan diperkenalkan Nissan pada kalini ialah GT-R R35 versi dipertingkat kali ketiga yang membabitkan aspek dalaman dan luaran. Pergh! Apalah agaknya penambahbaikan yang dilakukan mereka kalini ya?

Model R35 ini telah diperkenalkan sejak tahun 2007 dan menerima penambahbaikan pada tahun 2010. Kini usia GT-R R35 ini sudah lebih 13 tahun tapi designnya masih lagi relevan sehingga kini.

GT-R R35 versi sebelum ini dikuasakan dengan enjin 3.8 liter turbo berkembar yang menawarkan kuasa 565hp dan tork sebanyak 633Nm. 

Kredit: Pandu Laju | Carscoops

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas