Connect with us

Oh! Media

Nak Tahu Macam Mana Tayar Kereta Dah Botak? Ikuti 3 Cara Mudah Dengan Hanya Guna Syiling

Ohmedia  Tayar

Oh! Gear

Nak Tahu Macam Mana Tayar Kereta Dah Botak? Ikuti 3 Cara Mudah Dengan Hanya Guna Syiling

Pemilik kereta bukan sahaja perlu mempunyai ilmu pemandu tetapi perlu juga tahu ilmu dalam penjagaan kereta.

Selain daripada penjagaan dalam kereta, luaran kereta juga perlu diambil kira terutama sekali bahagian tayar selepas digunakam sekian lama.

Keadaan jalur atau biasanya dipanggil bunga pada bahagian tayar yang sudah haus perlu ditukar untuk mengelakkan risiko bahaya sewaktu memandu.

IKLAN

Malah, bunga tayar yang menipis akan mengurangkan keupayaan untuk menyingkirkan air serta melemahkan cengkaman sewaktu brek ditahan.

Jadi, macam mana kita nak tahu keadaan tayar masih lagi okay atau perlu ditukar?

Ha.. ini adalah tiga cara mudah yang dikongsikan oleh seorang mekanik berpengalaman di Alor Setar, Kedah, Mohd Khairul Ramli.

2371865

Menariknya, korang boleh nilai sendiri dengan hanya menggunakan sekeping duit syiling bernilai 10 sen je tau..

Cara-cara menilai keadaan tayar kereta

  • Cari lambang berbentuk segi tiga pada bahagian tayar kereta.
  • Letak duit syiling di dalam jalur tengah pada tayar secara menegak.
  • Sekiranya perkataan ‘Malaysia’ yang tertera pada syiling tenggelam, bermakna tayar kereta masih dalam keadaan baik.

Tetapi,  jika perkataan ‘Malaysia’ sudah kelihatan, korang sudah boleh membuat pertimbangan untuk menukar tayar baharu.

Ini kerana jalur atau bunga tayar sudah berkurang  atau keadaan ini dipanggil ‘tayar botak’ dalam bahasa mudah.

BACA: Ketahui Kemampuan Tayar Anda, Ini Cara Semak Kod Yang Ramai Tidak Tahu

Sebelum ini kami ada kongsikan cara untuk mengetahui kemampuan tayar kereta akorang dengan menyemak kod yang tertera pada tayar.

Kredit: TikTok Mohd Khairul Ramli

+ Baca repon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 2371865
  • Ohmedia  Tayar
  • 2371865
  • Ohmedia  Tayar

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas