Connect with us

Oh! Media

Menelan Belanja 10 Bilion Dolar, Projek Kereta EV Apple Dihentikan?

Oh! Gear

Menelan Belanja 10 Bilion Dolar, Projek Kereta EV Apple Dihentikan?

Tahun ini semakin banyak kereta elektrik (EV) dilancarkan termasuklah syarikat Apple iaitu Project Titan. Namun, projek ini telah dihentikan pada minggu ini setelah hampir sedekad Apple berusaha untuk melancarkannya.

ADVERTISEMENT

Menurut sumber, kereta Apple sepatutnya merupakan kenderaan elektrik yang akan bersaing dengan Tesla dan berubah menjadi kereta pandu sendiri untuk menyaingi Waymo Google. Apple telah membelanjakan 10 bilion dolar ke dalam Project Titan ini dan pelbagai isu yang dihadapi menjadi faktor utama dalam menghasilkan EV Apple.

Kegagalan projek ini bukanlah kerana duit, tetapi kerana isu perisian swapandu yang katanya gagal dibangunkan oleh Apple menyebabkan beberapa kali dibut semula.

Menurut amanz.my, perisian swapandu Tahap 5 yang perlu dicapai oleh pengeluar adalah masih jauh daripada realiti dan teknologi swapandu pada masa kini hanyalah sekadar Tahap 3.

Malah, Elon Musk pernah berkata yang pemanduan swapandu Tahap 5 akan wujud pada tahun 2020 dan menawarkan perkhidmatan teksi. Tapi, sasaran itu tak dapat dicapai dan Elon juga berdiam diri.

BACA: Pesaing Tesla Model 3, BYD Seal Sah Masuk Pasaran Tempatan Tak Lama Lagi

Antara cabaran lain yang menyebabkan Projek Titan ini dihentikan adalah atas faktor cuaca, keselamatan dan teknologi yang belum cukup matang untuk menghasilkan kereta swapandu Tahap 5.

Malah kehilangan rakan pengeluaran Hyundai, Sir Jony Ive meninggalkan syarikat dan rahsia dicuri oleh kakitangan juga antara faktornya. Kakitangan Project Titan pula akan fokus kepada tugasan baharu iaitu membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) generatif kendiri Apple.

Sebagai syarikat teknologi yang popular, sudah pasti ramai menantikan keluaran kereta EV daripada Apple.

Namun, perancangan yang gagal dicapai ini patutnya batalkan je dari dulu lagi kalau dah tahu agak sukar untuk menghasilkannya.

Kredit: amanz.my I astroawani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas