Connect with us

Oh! Media

Kesalahan Main Telefon Ketika Memandu, Kes Perlu Diselesaikan Di Mahkamah?

5c9b350f a782 40d2 8d9a 8490d9094ee2

Oh! Gear

Kesalahan Main Telefon Ketika Memandu, Kes Perlu Diselesaikan Di Mahkamah?

Penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan antara penyebab berlakunya sesuatu kemalangan yang akan menyumbang bahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain di jalanraya.

BACA : Rempuh 6 Kenderaan, Pemandu Lamborghini Dipenjara Dan Denda

Hal ini disebabkan korang akan hilang tumpuan ketika memandu, tiada kawalan di stereng pada kenderaan, terjadinya gangguan emosi dan tindakbalas semasa kemalangan akan terganggu.

IKLAN

Untuk pengetahuan, sesiapa saja yang melakukan kesalahan ini boleh dihadapkan ke mahkamah dan ianya dikatakan sendiri Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menerusi Facebook rasmi mereka.

Kesalahan ini telahpun dikategorikan sebagai saman yang tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.

Korang boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tiga bulan jika disabitkan kesalahan. 

Bukan tu jer, sekiranya didapati kali kedua melakukan kesalahan sama, korang boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Apapun, sentiasalah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar kita semua selamat menuju ke sesuatu destinasi dan tidak menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

Kredit: Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis Berita
Megat merupakan penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas