Connect with us

Oh! Media

Hanya 5 Ribu Unit, Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition Dijual Pada Harga RM11.6k

Oh! Gear

Hanya 5 Ribu Unit, Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition Dijual Pada Harga RM11.6k

Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition baru saja diumumkan Hing Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan harga RM11,688 tanpa caj pendaftaran, cukai dan insurans.

ADVERTISEMENT

BACA : Yamaha Y16ZR Dilancarkan Dengan Dengan Tema ‘Prestasi Terunggul’

Menurut Pandu Laju, Y16ZR Edisi ini dikatakan hanya mempunyai 5,000 unit sahaja dan RM800 dari edisi biasa.

Ia dikuasakan dengan enjin trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC VVA penyejukan cecair. Dengan enjin tersebut, Yamaha Y16ZR mampu menghasilkan sebanyak 17.7hp  @ 9,500rpm dengan tork 14.4 Nm @ 8,000rpm.

Menariknya, ia dilengkapi dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang jarang ada dalam segmen kapcai bawah 200cc tau.

Sedikit moden, ia hadir dengan sistem kunci pintar. Bukan tu jer, siap ada soket pengecasan untuk telefon bimbit tau. Mudah gila untuk korang yang nak jalan jauh sambil tengok waze tu.

Untuk sistem brek, ia menggunakan brek cakera pada kedua-dua roda. Sama seperti versi Vietnam tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) disediakan.

Sesiapa yang beli edisi ini akan dapat sijil penghargaan dan kunci mangga cakera brek tau. Bukan tu jer, korang juga akan diberi set kotak premium mengandungi bekas air premium World GP 60th Anniversary, pin edisi terhad dan rantai kunci premium.

Siapa yang pakai edisi ni memang nampak rare lah dekat atas jalanraya. Apa pandangan korang?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas