Connect with us

Oh! Media

BMW Umum Hentikan Pelan Langganan Ciri Pemanas Kerusi Kerana Dibenci Pelanggan

bmw

Oh! Gear

BMW Umum Hentikan Pelan Langganan Ciri Pemanas Kerusi Kerana Dibenci Pelanggan

Sejak tahun 2020, BMW telah menawarkan pelan langganan bulanan kepada pelanggan yang ingin menikmati ciri seperti pemanasan kerusi, kemas kini sistem pemetaan kenderaan, bantuan lampu tinggi dan bunyi kereta lumba kereta elektrik.

ADVERTISEMENT

Malah, bayaran yang dikenakan adalah bermula daripada $12 sebulan sebulan atau membayar terus $415 untuk penggunaan berterusan sepanjang hayat.

BMW

Namun, selepas mendapat reaksi negatif daripada pelanggan mereka, BMW akur dan menamatkan langganan untuk ciri yang sudah terpasang pada kereta.

Hanya langganan dalam bentuk perisian sahaja akan ditawarkan selepas ini seperti sistem parkir automatik, bantuan memandu dan sebarang ciri yang memerlukan data internet.

BMW

Tambahan, BMW turut mengaku sejak diperkenalkan, jumlah pelanggan ciri pemanasan kerusi adalah rendah membuatkan ia tidak berbaloi sedangkan perkakasan untuk melakukannya sudahpun terpasang pada kereta.

Sementara itu, berita yang baik bagi pelanggan BMW kerana mereka kini tidak lagi perlu menjadi mangsa transaksi mikro.

BACA: BMW XM Label Red (2023) Mula Masuki Pasaran Malaysia Dengan Ansuran Bulanan RM18.7k

Terdahulu, BMW Malaysia mula melancarkan model lencana M yang berkuasa baut masa kini, XM Label Red (2023) bagi pasaran Malaysia dengan harga RM1.6 juta .

Kredit: Autocar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • bmw
  • bmw

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas