Oh! Gear
BMW XM Label Red (2023) Mula Masuki Pasaran Malaysia Dengan Ansuran Bulanan RM18.7k
BMW Malaysia mula melancarkan model lencana M yang berkuasa baut masa kini, XM Label Red (2023) bagi pasaran Malaysia dengan harga RM1.6 juta .
Dengan pelan pembayaran Straight Line yang disediakan BMW Group Financial Services Malaysia, BMW XM Label Red (2023) kini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula RM18,707.

Spesifikasi BMW XM Label Red (2023)
- Mempunyai dua pilihan warna Toronto Red atau Shadowline, yang kedua-duanya disempurnakan garis merah pada model ‘XM’ di pintu depan.
- Mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.8 saat.
- Menggabungkan sistem BMW M Hybrid efisien.
Dalam pada itu, pemilik BMW XM Label Red (2023) akan dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium, melibatkan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dengan program servis berjadual percuma BMW.
Kredit: pandulaju
+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM