Connect with us

Oh! Media

Oh! Gear

Bermula Harga RM68.8k, Honda Keluarkan Warna Baharu X-ADV (2023)

Syarikat BOON Siew Honda (BSH) baru-baru ini telah mengeluarkan warna baharu bagi skuter advencer Honda X-ADV (2023). Wah, biar betul?

BACA: Bekas Jurutera Marin ‘Terbang’ Ke UK Belajar Ubah Suai Karavan, Kini Berjaya Miliki Kilang Sendiri

IKLAN

Warna terbaru bagi skuter tersebut dikenali sebagai Shasta White (putih) bagi menggantikan warna Grand Prix Red (merah) yang sedia ada.

Harga jualan Honda X-ADV

honda

Harga jualan bagi siri terbaru ini bermula dengan harga RM68,899 tidak termasuk dengan cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Terdapat dua warna lain termasuk Mat Ballistic Black Metallic (hitam) dan Pearl Deep Mud Gray (kelabu).

Menurut BSH, warna terbaru itu menampakkan model skuter tersebut lebih elegan dan agresif. Antara ciri-ciri yang ditawarkan dalam skuter ini adalah panel meter TFT 5 inci dilengkapi sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (HSVCS) yang membenarkan sambungan telefon pintar dengan skuter. Penunggang boleh membuat arahan suara untuk panggilan telefon, e-mel, muzik dan navigasi.

Wow, memang gempak bukan? Setiap pembelian juga akan diberi waranti selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km.

Kredit: Pandulaju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas