Connect with us

Oh! Media

Bekas Jurutera Marin ‘Terbang’ Ke UK Belajar Ubah Suai Karavan, Kini Berjaya Miliki Kilang Sendiri

20230227 122556 0000

Oh! Gear

Bekas Jurutera Marin ‘Terbang’ Ke UK Belajar Ubah Suai Karavan, Kini Berjaya Miliki Kilang Sendiri

Bermula dengan membaik pulih kenderaan rekreaksi (RV), kini seorang bekas jurutera marin, Shamsul Rosli berjaya menubuhkan kilangnya sendiri.

BACA: Akhirnya Perodua Axia (2023) Dilancar Secara Rasmi, Harga Bermula RM38.6K!

Kilangnya yang dikenali sebagai Camperv M menyediakan kepakaran membaik pulih, mereka cipta dan mengubah suai pelbagai model kenderaan RV seperti karavan dan campervan.

IKLAN

Ubai suai kenderaan

Oh Media   Miliki Kilang Sendiri Bekas Jurutera Marin 'Terbang' Ke UK Demi Belajar Buat Karavan

Menurut Shamsul, dirinya sanggup terbang ke United Kingdom bagi membeli dan mempelajari selok-belok dalam memiliki sebuah karavan.

Di UK, saya beli sebuah van Mercedes-Benz Sprinter WB yang kosong untuk diubah suai dijadikan karavan. Pada masa sama, saya juga melawat ke beberapa kilang bagi mempelajari kaedah pembuatan karavan dengan mereka yang pakar di sana.

Walau bagaimanapun, pengubah suaian yang dilakukan di UK kurang memuaskan kerana tidak mempunyai ruang solat meskipun dilengkapi katil dapur dan tandas.

Mesra pengguna

Oh Media   Miliki Kilang Sendiri Bekas Jurutera Marin 'Terbang' Ke UK Demi Belajar Buat Karavan

Oleh itu, terlintas dalam fikiran Shamsul untuk mengubah suai kenderaan terebut agar mesra pengguna.

Jadi bermulalah idea untuk saya ‘DIY’ karavan saya. Secara tak sengaja inovasi saya yang lebih mesra Muslim itu mendapat perhatian khususnya peminat RV tempatan, apatah lagi ketika itu memang sukar dan tiada individu yang membaik pulih kenderaan jenis ini.

Bagi yang berminat bagi pengubahsuaian kenderaan ini, boleh lawati kilang Camperv M yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas