Connect with us

Oh! Media

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM429k!

Oh! Gear

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM429k!

Syarikat MERCEDES-Benz Malaysia telah melancarkan Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) yang serba baharu untuk pasaran di Malaysia bermula pada harga RM429,888 (termasuk dengan cukai jualan 10 peratus).

ADVERTISEMENT

Sagree Sardien, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia (MBM) berkata GLC mempunyai pengikut yang kukuh di Malaysia kerana lebih 12,000 unit terjual sejak tahun 2016.

Spesifikasi Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023)

Mercedes

  • Reka bentuk yang ekspresif AMG Line memberikan sentuhan sporty dan eksklusif pada luaran kenderaan.
  • Trenkuasa 4-silinder 2.0L yang diambil daripada enjin Mercedes-Benz FAME (Family of Modular Engines) ia mampu bergerak sepantas 6.2 saat dan kelajuan maksimum 240kmj. Wah lajunya!!
  • Mempunyai bantuan arahan suara Hey Mercedes yang dapat mengikut kehendak dan pilihan pengguna.
  • Pengguna boleh menikmati penyedia strim muzik dengan sistem bunyi sekeliling 3D Burmester yang berkualiti tinggi.
  • Menggunakan sistem MBUX (Mercedes-Benz User Experience) yang lebih digital dan pintar.
  • Kluster instrumen depan pemandu jenis apung dalam resolusi tinggi bersaiz 12.3 inci.
  • Unit infotainment bersaiz 11.9 inci dalam posisi vertikal.
Mercedes

Sistem Keselamatan GLC 300

Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) juga dilengkapi perlindungan kenderaan GUARD  360° yang dapat memantau keseluruhan persekitaran kenderaan seperti penggera pecah masuk dan antikecurian dengan perlindungan tunda.

Sistem Parkir Yang Canggih

Dengan adanya kamera 360º dan Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan Parktronic, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) memberi pandangan menyeluruh  untuk memudahkan proses memarkir dengan baik.

Antaranya paparan tengah yang menunjuk sekeliling kenderaan terdiri daripada empat imej kamera individu dari pandangan depan, belakang dan dua sisi kenderaan. Pemandu juga diberi pilihan untuk memarkir secara manual atau menggunakn kawalan kepada sistem APA. Lepas ni kalau susah nak parkir guna je sistem APA senang kan…

Mod Pandu Offroad GLC 300

Untuk pemanduan off-road, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC (2023) direka khas dengan sistem baharu seperti mod pandu Off-Road dan Regulasi Halaju Turun Bukit (DSR).

Ciri mod off-road, kamera 360° akan memaparkan pandangan bonet, pandangan virtual bawah bonet termasuk roda depan dan posisi stereng. Ia dapat bantu pemandu untuk melihat halangan seperti batu besar atau jalan yang berlubang. Senanglah lepas ni tidak perlu risau untuk berjalan jauh kan.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas