
Oh! Gear
Akhirnya Perodua Axia (2023) Dilancar Secara Rasmi, Harga Bermula RM38.6K!
Oleh
Akhirnya penantian bagi model terbaru Perodua Axia 2023 telah berakhir pada hari ini setelah dilancarkan secara rasmi.
BACA: Ciri-Ciri Keselamatan Perodua Axia 2023 Diiktiraf ASEAN NCAP Dengan 4 Bintang
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan sebanyak 44,000 tempahan sedia ada dan 2,900 unit telah dikeluarkan kepada pengguna pertama.
Spesifikasi Perodua Axia (2023)

Model terbaru milik Perodua ini dijana dengan enjin 1.0L dengan transmisi dual-mod CVT (D-CVT). Ia juga didatangi dengan empat buah varian dengan harga yang berlainan seperti berikut:
- Perodua Axia G – RM38,600
- Perodua Axia X – RM40,000
- Perodua Axia SE – RM44,000
- Perodua Axia AV – RM49,500
Harga yang ditawarkan di atas adalah untuk Semenanjung dan tidak termasuk insurans. Terdapat lima variasi warna yang ditawarkan termasuk Granite Grey (kelabu), Lava Red (merah), Glittering Silver (perak), Ivory White (putih, solid) dan Coral Blue (biru, warna baharu).
Tak nak cakap banyak, jom Oh! Media belanja sikit gambar untuk model terbaru ini.
Perodua Axia AV





Perodua Axia X



Perodua Axia SE


Perodua Axia G



Amacam, boleh tahan kan?
Kredit: Pandu laju
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
