Connect with us

Oh! Media

pandapro Tawar Manfaat Eksklusif Bila Berbelanja Di foodpanda

manfaat pandapro

Oh! Bisnes

pandapro Tawar Manfaat Eksklusif Bila Berbelanja Di foodpanda

Sempena ulang tahun ke-9, foodpanda melancarkan pelan langganan bulanan, pandapro yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati hidangan, berbelanja dan gaya hidup dengan pelbagai manfaat eksklusif.

ADVERTISEMENT

Ini pastinya berita baik buat mereka yang suka menggunakan aplikasi perkhidmatan makanan dan keperluan foodpanda kerana ia lebih menjimatkan dan menguntungkan pengguna.

Jay Ar Juan, Pengarah Komersial foodpanda Malaysia

Tiada yang lebih menyenangkan hati rakyat Malaysia selain daripada tawaran yang hebat dan eksklusif.

Dengan pandapro, kami ingin memberikan tawaran tersebut kepada para pelanggan setia kami dengan menawarkan peluang untuk menjadi sebahagian daripada program langganan eksklusif yang tiada taranya,- Jay Ar Juan, Pengarah Komersial foodpanda Malaysia

Lebih manfaat lebih penjimatan dengan pandapro!

Rider foodpanda Malaysia

Aplikasi foodpanda menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan, pesan ambil, kedai foodpanda dan pandamart.

Oleh itu, foodpanda ingin memberikan yang terbaik kepada pengguna setianya melalui pelan langganan bulanan semua dalam satu, pandapro.

Pelan ini menawarkan pelbagai manfaat antaranya rebat eksklusif sebanyak 25% untuk bil makanan di restoran rakan niaga terpilih apabila makan di premis dibenarkan kembali kelak.

Untuk waktu terhad sahaja, pandapro akan dibuka untuk langganan awal pada hanya RM14.90 sebulan.

Pelanggan yang berdaftar sebagai ahli akan terus menikmati diskaun eksklusif sebanyak 15% ke atas, tambahan atas diskaun sedia ada untuk penghantaran bagi restoran rakan niaga terpilih di foodpanda.

Mereka juga akan menikmati 12 penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM25. Bukan itu saja, ahli juga akan menikmati tambahan diskaun 5% untuk pesan ambil serta dua baucar diskaun 20% untuk pembelian melebihi RM45 di pandamart (dihadkan kepada RM10).

pandapro semestinya memberikan lebih penjimatan kepada pengguna yang setia menggunakan aplikasi itu sama ada untuk membeli makanan, barangan keperluan dan sebagainya.

Antara rakan niaga dan restoran yang sudah berada di pandapro termasuklah Chatime, Tealive, A&W, Boat Noodle, Wall’s, Sakae Sushi, Pasta Panas, Padi House, Big Singh Chapati, Ahh-Yum dari Kampong Kravers, Al Fariz Maju, Bakers Cottage dan banyak lagi.

Jadi tunggu apa lagi? Jadi yang terawal melanggan pakej pandapro pada harga RM14.90 sebulan. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, layari pandapro di foodpanda.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media dan follow Telegram Oh! Media untuk berita yang lebih lagi.

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas