Connect with us

Oh! Media

JPJ Kelantan Lelong 100 Unit Kenderaan Bermula Harga RM50

Oh! Bisnes

JPJ Kelantan Lelong 100 Unit Kenderaan Bermula Harga RM50

Umum mengetahui. sering kali kita mendengarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengadakan acara lelongan terhadap kenderaan yang disita kepada orang awam.

ADVERTISEMENT

BACA: Cara Buat Temujanji Secara Online Untuk Urusan JPJ Di Pejabat Pos

Ia juga merupakan acara yang sangat dinantikan oleh segelintir orang ramai pada setiap tahun kerana ia membolehkan mereka mendapatkan barangan pada harga jauh lebih rendah.

JPJ Kelantan lelong 100 unit kenderaan

Terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan melakukan lelongan sebanyak 100 buah unit kenderaan yang telah disita dan dilucutkan hak.

Kenderaan yang dilelong itu termasuklah harga yang berpatutan iaitu serendah RM50 hingga RM19,800 bermula 10 Oktober hingga isnin ini.

Menurut JPJ Kelantan, acara itu merupakan lelongan kali kedua dalam tahun ini yang melibatkan sebanyak 65 buah kenderaan boleh dilesenkan manakala 35 buah tidak boleh dilesenkan.

Menurut Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf, acara itu juga tidak dijalankan secara bersemuka, sebaliknya tawaran akan dibuka melalui atas talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga dan Proton Iswara yang melibatkan jumlah keseluruhan harga simpanan sebanyak RM579,370.

Selain itu, nilai sebutan harga adalah lima peratus daripada harga yang ditawarkan dan pembayaran akan dibuat melalui bank draf dan kiriman wang.

Nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Menurut Hanit Yusabra, bagi mereka yang berminat untuk melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, orang ramai boleh pergi ke:

1. Stesen Penguatkuasa (SPK) Bukit Jawa di Pasir Puteh

2. SPK Labok (Machang).

3. SPK Laloh (Kuala Krai).

4. SPK Mentara (Gua Musang).

4. Stor sita Panji (Kota Bharu).

Tambahnya lagi, bagi maklumat lanjut mengenai lelongan kenderaan itu, orang ramai boleh menghubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan di talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial.

Kredit: Facebook JPJ Negeri Kelantan I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas