Connect with us

Oh! Media

iMedia Asia Akhiri Penggal Terakhir 2020 Dengan Rekod Pemerolehan 5 Syarikat Dalam 100 Hari

Oh! Bisnes

iMedia Asia Akhiri Penggal Terakhir 2020 Dengan Rekod Pemerolehan 5 Syarikat Dalam 100 Hari

Sejak penubuhan iMedia Asia Sdn. Bhd. pada Julai lalu, kini masuk hari ke 100 jenama ini berada di industri digital. Kalau korang follow perjalanan iMedia Asia, pasti korang akan turut teruja sebab perjalanan mereka boleh memberi sedikit inspirasi untuk korang yang nak mulakan bisnes.

ADVERTISEMENT

Genap 100 hari penubuhan iMedia Asia, mereka sekali lagi membuat kejutan besar apabila mengumumkan pemerolehan kelima mereka ke atas sebuah lagi portal berbahasa Cina iaitu Moretify.

Untuk pengetahuan korang, iMedia masih dalam progress untuk melengkapkan IPOnya di Bursa Malaysia melalui pemerolehan 100% sendiri oleh Rev Asia Berhad, di mana baru-baru ini telah disenaraikan di Bursa Malaysia dengan harga kira-kira RM40 juta.

Pemerolehan ke atas Moretify akan menjadi sebahagian daripada perpindahan iMedia ke Bursa Malaysia setelah diluluskan oleh pengawal selia dan pemegang saham syarikat.

Pengukuhan syarikat untuk tahun 2021

Mengikut pemerhatian kami, pemerolehan ini dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi jenama syarikat kerana tahun 2021 dijangkakan akan lebih mencabar berbanding tahun 2020 ekoran pandemik covid-19 yang melanda dunia.

Moretify X iMedia Asia = More to come!

Moretify merupakan sebuah laman web media sosial dan kandungan media sosial berbahasa Cina terkemuka yang memfokuskan pada berita terkini serta paling trendy. Antara kandungan yang disediakan termasuklah hiburan dan gaya hidup tempatan, serta berita hangat mengenai selebriti, makanan, teknologi dan pelancongan.

Terrence Loh yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas Moretify turut teruja dengan pemerolehan ini kerana beliau yakin ini adalah langkah terbaik untuk memperluaskan jenama Moretify.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengguna dan pelanggan Moretify atas sokongan mereka sejak ditubuhkan. Kami berharap dapat bersama-sama memperluaskan jenama kami menerusi iMedia.

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, Moretify kini telah berkembang menjadi jenama dan sumber terkemuka bagi pengguna dari Malaysia dan seluruh rantau ini. Moretify mempunyai pengikut laman sosial lebih daripada 355k gabungan akaun sosial media Facebook dan Instagram.

Voon Tze Khay juga turut meluahkan rasa gembira dengan pemerolehan ini sebab kini iMedia Asia lebih kukuh dalam pasaran bagi komuniti digital berbangsa Cina.

“Kami gembira dengan prospek Moretify dan sinergi bekerja dengan Terrence dan pasukannya. Pemerolehan ini akan terus memperkukuhkan kedudukan syarikat dalam rangkaian kandungan bahasa Cina di Malaysia dan jangkauan kami kepada keseluruhan komuniti dalam talian yang berbahasa belia bandar Cina.

Perjanjian Perwakilan Eksklusif dengan Iluminasi

Kejutan iMedia Asia belum tamat sehingga Moretify sahaja, sebaliknya mereka turut mengumumkan telah menandatangani perjanjian perwakilan eksklusif bersama Iluminasi (www.iluminasi.com).

Iluminasi yang merupakan platform digital yang mempunyai 1.62 juta pengguna dan menghasilkan rata-rata 5.2 juta tayangan halaman (page views) seperti yang direkodkan oleh Google Analytics (GA). Kalau korang usha platform Iluminasi, pasti teruja dengan kandungan yang dipaparkan.

Penutup tahun 2020 yang cukup kemas dari iMedia Asia

Meskipun tahun 2020 cukup perit untuk ditelan, iMedia Asia masih mampu untuk membuat satu aksi penutupan yang cukup kemas. Kami pun excited nak tahu apa langkah seterusnya daripada iMedia Asia pada tahun 2021.

Moga langkah iMedia Asia serta kesemua anak-anak syarikat miliknya akan terus berkembang dengan jayanya. Untuk pengetahuan korang, kini iMedia Asia telah mempunyai 15 juta pengunjung di laman web menerusi platform sosial dan rangkaian influencer.

Portfolio jenama iMedia Asia kini merangkumi OhMedia, Ittify, Goody25, GoodyMy, BeautifulNara, Amazing Nara, Kimchi Daily, Moretify, Iluminasi, Viu, WeTV, iflix, Newswav, Malaysia Gazette dan Oriental Daily Online.

Sekiranya korang mempunyai hasrat untuk turut serta dalam pemasaran digital menerusi platform milik iMedia Asia, korang boleh klik pautan di sini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas