Connect with us

Oh! Media

catcha digital

Oh! Bisnes

Catcha Digital Catat Pendapatan Tertinggi RM11.14 Juta Pada Suku Ketiga 2024

Catcha Digital Berhad mengumumkan kejayaan besar dengan mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM11.14 juta bagi suku ketiga tahun 2024 (Q3 FY2024).

Ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding suku ketiga tahun 2023, di mana pendapatan dicatatkan sebanyak RM7.19 juta, sekaligus merekodkan pertumbuhan tahunan sebanyak 55%.

IKLAN

Syarikat juga mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.21 juta dalam Q3 FY2024, menjadikan jumlah keuntungan selepas cukai bagi sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak RM3.43 juta.

Catcha Digital catat pendapatan RM11.14 juta bagi Q3 FY2024

catcha digital
Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan

Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan berkata, syarikat telah melancarkan pelbagai solusi inovasi pengiklanan seperti kempen offline kepada online bagi membolehkan pengiklan mereka berhubung dengan pelanggan dengan lebih berkesan.

Kami berbangga dengan pasukan atas pencapaian pertumbuhan pendapatan yang mengagumkan ini, walaupun dalam persekitaran ekonomi makro yang tidak menentu. Ini adalah hasil daripada fokus mendalam terhadap keupayaan inovasi produk.

Sementara itu, Pengerusi Catcha Digital Patrick Grove turut meluahkan rasa gembira dapat mencapai pendapatan tertinggi ini dalam suku kelima selepas keluar daripada status GN2 pada Julai 2023.

Berusaha mengekalkan momentum

patrick grove catcha digital
Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove

Tambahnya, Catcha Digital akan berusaha untuk mengekalkan momentum tersebut dan pada masa yang sama akan meneruskan misi untuk menjadi kumpulan digital yang terkemuka di Asia Tenggara.

Dalam misi membina kumpulan digital yang menguntungkan dan terkemuka di Asia Tenggara, kami akan terus mencari kerjasama strategik, pelaburan, dan pengambilalihan yang boleh meningkatkan pendapatan sesaham.

Pada 28 Jun 2024, Catcha Digital mengumumkan usaha sama dengan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, pengasas Keluar Sekejap, untuk membentuk perniagaan media digital baharu, KS Lagi.

Bentuk KS Lagi

catcha digital

KS Lagi telah dilancarkan pada Oktober 2024 dan telah berjaya menarik jenama global seperti MG Motor, Honor, dan Vico sebagai pengiklan.

catcha digital

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Catcha Digital


Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas