Connect with us

Oh! Media

Catcha Digital Nexible Solutions

Oh! Bisnes

Catcha Digital Ambil Alih 51% Saham Nexible Solutions: Langkah Besar Ke Arah Dominasi Teknologi AI Dan SaaS Di ASEAN!

Catcha Digital Berhad (Catcha Digital) baru-baru ini mengumumkan langkah strategik untuk memperluaskan sayapnya dalam sektor teknologi. 

Mereka telah menandatangani perjanjian pembelian saham untuk memperoleh 51% kepentingan dalam Nexible Solutions Sdn Bhd (Nexible) dengan bayaran tunai RM11.38 juta.

IKLAN

Bayaran tunai ini akan dibuat dalam empat peringkat berdasarkan pencapaian Profit After Tax (PAT Guarantee) dari 2024 hingga 2027. Sasaran PAT adalah seperti berikut:

  • RM700,000 (2024)
  • RM1,200,000 (2025)
  • RM2,200,000 (2026)
  • RM3,300,000 (2027)

Langkah ini menandakan penglibatan Catcha Digital dalam perkhidmatan software-as-a-service (SaaS) dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI), yang dijangka memberikan impak positif kepada pendapatan mereka.

Nexible dan kehebatan produk Outperform

Nexible Solutions adalah penyedia penyelesaian SaaS B2B, dengan produk unggul mereka, Outperform

Platform ini memanfaatkan teknologi Generative AI untuk membantu perniagaan, terutama dalam sektor hartanah, menguruskan hubungan pelanggan dengan lebih cekap.

Selain hartanah, Outperform juga digunakan dalam sektor automotif, pendidikan, dan peralatan elektrik. 

Transformasi platform ini dalam tempoh dua tahun terakhir telah menjadikannya lebih daripada sekadar sistem rekod, tetapi sebagai pembantu CRM pintar yang automatik.

Pada suku pertama 2025, Nexible bakal melancarkan Outperform AI Agent, yang mampu mengautomasi sepenuhnya proses pra-jualan seperti:

  • Menghubungi prospek
  • Menilai kelayakan pelanggan
  • Menjadualkan temujanji
  • Mengalihkan prospek berpotensi tinggi kepada wakil jualan

Membina kumpulan digital terkemuka di ASEAN

catcha digital

Menurut Pengerusi Catcha Digital iaitu Patrick Grove, pengambilalihan ini adalah langkah penting ke arah membina kumpulan digital terkemuka di ASEAN. Ia sejajar dengan visi mereka untuk memanfaatkan ekonomi digital serantau yang dianggarkan bernilai RM1 trilion menjelang 2023.

Sementara itu, CEO Nexible iaitu Ananprakash A/L Saminathen menyifatkan kerjasama ini sebagai peluang emas untuk mempercepatkan pertumbuhan Outperform ke pasaran serantau dan global.

Dengan kemajuan pesat Generative AI, kami percaya dunia sedang menyaksikan peralihan teknologi yang besar. Kami mahu Outperform menjadi alat yang hampir sepenuhnya automatik, menyampaikan hasil kepada pasukan jualan tanpa perlu bergantung kepada input manual.

Manfaat bersama untuk kedua-dua Pihak

Pengambilalihan ini turut membuka peluang cross-selling yang besar, membolehkan:

  1. Catcha Digital menawarkan penyelesaian pengiklanan digital kepada pelanggan Nexible.
  2. Nexible memasarkan produknya kepada pelanggan sedia ada Catcha Digital.

Kerjasama ini bakal memperkukuhkan lagi posisi Catcha Digital sebagai pemain utama dalam ekonomi digital ASEAN.

Catcha Digital Nexible Solutions

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Catcha Digital


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas