Connect with us

Oh! Media

Zul Ariffin Dedah Tak Pernah ‘Request’ Nak Dukung Heroin, Semua Dari Skrip Atau Arahan

Oh! Artis

Zul Ariffin Dedah Tak Pernah ‘Request’ Nak Dukung Heroin, Semua Dari Skrip Atau Arahan

Siapa tak kenal dengan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin yang sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

ADVERTISEMENT

Beberapa bulan yang lepas, pelakon ini dihentam teruk gara-gara tular babak dukung dengan seorang pelakon wanita.

BACA: Zul Ariffin Dikecam Teruk Lepas Kongsi Babak Panas, Netizen Kata Geli Tengok

Memetik laporan Media Hiburan, pelakon berusia 36 tahun ini berkata babak yang dilakonkan dalam mana-mana naskhah tidak lebih sekadar tuntutan kerja.

Malah, pelakon ini menegaskan sepanjang penglibatannya dalam karier lakonan, dia tidak pernah ‘request’ untuk dukung heroin. Semuanya daripada skrip atau pun arahan, ujarnya.

Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ini saya dibahanlah. Kalau Zul saja mesti ‘dukung… dukung’.

Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tetapi itu permainan industri. Saya boleh ‘bermain’ mengenai perkara itu, saya tak kisah. Tapi mampukah pelakon lain ‘bermain’ benda yang sama.

Pelakon ini turut memetik isu kontroversi yang berlaku kepadanya baru-baru ini. Katanya, ada drama lain yang sudah disunting dan babak dukung lepas untuk ditayangkan.

Kalau macam tu, boleh cakaplah ‘diorang pun boleh cakap untuk tolak tapi pilih sedap’. Kenapa cakap begitu pada saya saja.

Namun kata Zul Ariffin, dia hanya diamkan sahaja dan menghormati pandangan pelakon yang lain.

Pelakon ini difahamkan mahu fokus di layar perak berbanding drama selepas 15 tahun penglibatannya dalam bidang ini.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas