Connect with us

Oh! Media

“Bila Sebut Pasal Jodoh, Saya Tidaklah Sebangsat Itu”, Zizan Kesal Soal Jodoh Dipermain Netizen

Oh! Artis

“Bila Sebut Pasal Jodoh, Saya Tidaklah Sebangsat Itu”, Zizan Kesal Soal Jodoh Dipermain Netizen

Malam semalam kita telah dikejutkan dengan aksi Kamal Adli yang tiba-tiba sahaja melamar kekasihnya Uqasha Senrose secara lansung di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Lelaki Masih Belum Boleh Tidur Bila Kamal Lamar Uqasha

Aksi lamaran itu telah menerima pelbagai jenis respons daripada netizen. Malah, riak wajah yang ditunjukkan oleh pelawak Zizan Razak semasa Kamal melamar Uqasha ketika siaran lansung itu juga turut mendapat perhatian dan juga heboh diperkatakan di media sosial.

Seperti yang kita semua tahu, Zizan dan Kamal Adli pernah dikaitkan dengan kontroversi cinta tiga segi bersama aktres Emma Maembong.

Apapun Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 36, ada meluahkan rasa kurang senang apabila ada netizen yang mula mengungkit kisah cinta lama dan juga mempersoalkan jodohnya.

Melihat apa yang berlaku malam ini menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas AME2020.

Bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia. – Kata Zizan.

Zizan turut memberitahu bahwa reaksi wajahnya ketika moment itu berlangsung bukanlah sesuatu yang sudah dirancang.

Tambah Zizan, dia hanya memberi respons supaya acara itu menjadi lebih menarik.

Maaf apa yang berlaku (riak wajah) bukan dirancang dan saya cuma beri respon yang sporting untuk program berkenaan nampak best. – Katanya.

Tinjauan Oh! Media di laman Twitter mendapati gambar Zizan yang tular pada malam semalam telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Ini antara respon netizen mengenai gambar itu:

Pemenang Anugerah Jaga Jodoh Orang Paling Meletop.

Kenapa tiap kali member sama ja yang rampas ex aku ni, hehehe

Kita buat lawak pun orang jarang gelak. Kita serious pun orang tak nak hahaha padan muka kena tinggal (kata zizan pada diri sendiri). 

Zizan Razak selain menyanyi, melawak dan berlakon, Zizan juga mahir dalam bidang jaga jodoh orang. – Tulis beberapa netizen di Twitter.

Soal jodoh pun orang boleh buat jadi bahan lawak ke? Kita ni pun belum tentu lagi ajal ke jodoh yang sampai dulu. Takpelah Zizan, biarlah orang nak cakap apapun. Nanti dah sampai seru jumpalah tu. Doakan yang baik-baik buat Zizan.

Kredit: Zizan Razak, Twitter

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas