Oh! Artis
Ramai Lelaki Masih Belum Boleh Tidur Bila Kamal Lamar Uqasha
Dah lena tadi, tiba-tiba dapat mimpi buruk. Rupa-rupanya satu lagi gadis idaman rakyat Malaysia bakal jadi milik orang.
Sebentar tadi pelakon Kamal Adli membuat kejutan di Anugerah MeleTop Era 2020 apabila dia melamar pelakon cantik Uqasha Senrose di atas pentas.
Aksi spontan itu dilakukan Kamal sambil melutut dengan bertanya sama ada Uqasha sudi atau tidak berkahwin dengannya. Korang rasa apa jawapan Uqasha?
Takkan nak jawab taknak masa siaran langsung kot gais, mestilah jawab ya dan Kamal pun sarungkan cincin di jari Uqasha. Sweet sangat kan?
Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?, – Tanya Kamal.
Awak ni sedang ‘promote’ drama baharu kita ke? – Soal Uqasha.
Bagaimanapun, rata-rata peminat mereka seperti sudah menjangkakan perkara ini apabila mereka dikatakan telah menghadiri kursus perkahwinan bersama pada bulan Oktober lalu.
Apa-apapun semoga masjid yang ingin dibina ini berjaya dan kekal hingga akhir hayat. Siapa yang tak lena tidur lagi tu, bawa-bawalah move on.
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

