Connect with us

Oh! Media

ziana zain

Oh! Artis

Ziana Zain Beri Keterangan Selama 3 Jam Di SPRM

Ziana Zain tampil memberi kenyataan berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram dalam Ops Sky.

Penyanyi terkenal itu menegaskan bahawa siasatan ini tidak menjejaskan kerjaya seninya kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai duta.

IKLAN

“Saya tak buat apa-apa yang salah”- Ziana Zain.

ziana zain

Ziana Zain bagaimanapun mengakui terkejut apabila terlibat dalam siasatan macam ni selepas sudah banyak kali menjadi duta banyak syarikat.

Sebelum ini, saya tidak berdepan perkara sebegini sebagai duta, ini kali pertama. Kadang-kadang mungkin ada satu yang jadi begini.

Saya tak buat apa-apa yang salah. Saya hanya duta dan menjalankan tugas menyanyi serta membuat hantaran media sosial.- Jelasnya.

Pada 6 Februari lalu, tiga selebriti, termasuk Ziana, Datuk Jalaluddin Hassan dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

SPRM panggil selebriti terlibat bukan sebab bersalah tapi bantu siasatan…

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa selebriti yang dipanggil bukan suspek, sebaliknya hanya memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan.

Menurut Ziana, beliau berada di pejabat SPRM selama dua hingga tiga jam bagi menjawab soalan berkaitan syarikat terbabit, termasuk tempoh penglibatannya dan tugas yang dilakukan sebagai duta.

Kami hanya bantu siasatan, itu sahaja. SPRM tanya berapa lama kenal syarikat itu, buat apa… Saya hanya jawab sebagai duta, pergi menyanyi. Itu sahaja.- Katanya.

Sebelum ini, ada juga spekulasi mengatakan Ziana menerima bayaran sehingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat tersebut. Namun, beliau menafikan dakwaan tersebut.

Kalau dapat macam itu, saya dah keluar kereta Mercedes baharu. Yang jadi duta pun ramai, jadi sudah tentu belanja dikeluarkan besar.- Jelasnya lagi.

Menurutnya, angka yang disebut mungkin tidak menggambarkan jumlah sebenar yang diterima oleh setiap duta syarikat terbabit.

#ApaKataOhmedia

Betul la tu, mereka sebagai selebriti hanya dibayar sebagai duta syarikat terbabit dan tak terlibat pun dalam pengurusan atau segala aktiviti yang mereka lakukan. Tak adil nak kecam mereka yang tak bersalah. Apapun, kita beri ruang pihak SPRM lakukan siasatan.

ziana zain

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas