Oh! Artis
Zehra Zambri Akhirnya Sah Bercerai Dengan Suami
Zehra Zambri sah bercerai talak satu selepas lima bulan proses mahkamah.
Penyanyi, Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin selepas lafaz talak raj’ie dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.
Menurut laporan mStar, keputusan itu direkodkan di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
“Alhamdulillah, hari ini selesai” – Zehra Zambri

Mohd Iqwan meluahkan rasa lega selepas beberapa kali urusan perceraian mereka tertangguh.
Alhamdulillah hari ini selesai… bercerai cara talak raj’ie. Hari ini lafaz cerai sahaja. Saya takut juga kalau tiba-tiba dia datang haid sekali lagi. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Zehra mahu pulih dan bangkit semula

Zehra pula menyatakan rasa syukur apabila kes berlarutan hampir lima bulan itu akhirnya selesai.
Setelah lima bulan, Alhamdulillah kes selesai. Saya rasa sedikit beban itu sudah hilang dan banyak perkara boleh direncanakan selepas ini untuk kehidupan saya dan anak.
Saya perlukan masa untuk pulihkan diri dan berdamai dengan takdir. Insya-Allah saya akan memajukan diri, cari kembali semangat yang hilang dan memulakan kehidupan baru.
Pssttt! Perceraian bukanlah penamat segalanya, tetapi peluang untuk memulakan lembaran hidup yang lebih baik. Yang penting, jaga emosi dan fokus pada masa depan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM