Connect with us

Oh! Media

Zarina Zainuddin Terkilan, RM900 Milik Anaknya ‘Ghaib’

Oh! Artis

Zarina Zainuddin Terkilan, RM900 Milik Anaknya ‘Ghaib’

Umum mengetahui, Zarina Zainuddin merupakan seorang pelakon berbakat dan aktif dalam industri lakonan bermula pada tahun 1989 sehingga kini.

ADVERTISEMENT

BACA: Zarina Zainuddin Terkejut, Duit RM10,000 ‘Lesap’ Anak Beli Game Online

Zarina juga sering dipuji diatas kesabaran serta usahanya menjaga dua anak kembar iaitu Azal dan Azil yang menghidap autisme.

Dia juga sering memuat naik beberapa video di laman sosial berkenaan gelagat anak-anaknya. Dari situlah netizen mula menyedari bukan mudah untuk membesarkan anak-anak yang istimewa.

Zarina Zainudin kecewa duit anaknya hilang secara tiba-tiba

Bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu telah menzahirkan rasa terkilan selepas wang berjumlah RM900 milik anaknya, Azal, ‘ghaib’ secara tiba-tiba.

Perkara itu dimaklumkanya menerusi Instagram Live bersama anaknya baru-baru ini, Zarina juga turut mengakui sebelum ini pernah memberikan Azal sebanyak RM1,000 untuk kegunaanya.

Walaupun reda, namun Zarina turut berasa sedih kerana terdapat individu yang sanggup mengambil kesempatan terhadap seseorang yang menghidap autisme.

Saya sebak, tetapi betul-betul reda. Cuma sedih kerana Azal itu anak istimewa pun, ada orang terasa nak ambil kesempatan. Bagi saya RM900 itu banyak.

Azal tunjuk dalam dompet hanya ada RM100

Menurutnya lagi, pada ketika itu, Azal pernah meminta berhenti di stesen minyak untuk membeli barang dan kemudian dia menunjukkan isu dompetnya yang hanya tinggal RM100.

Turut berasa hairan, Zarina berulang kali bertanya kepada anaknya sekiranya dia mungkin terlupa atau meletakkannya di mana-mana, malangnya tiada.

Selalunya kalau ke mana-mana, saya yang bayarkan tapi tempoh hari, dia minta berhenti di stesen minyak nak beli barang. Kemudian, dia tunjuk beg duit kata duitnya tinggal RM100.

Saya tanya dia, terlupa di mana-manakah dan dia jawab memang dalam dompet itu saja duitnya. Saya kata, tak apa bukan rezeki kami dan bersangka baik sajalah.

Walaupun sudah menerima hakikat, namun dia turut berasa simpati terhadap anaknya kerana wang tersebut merupakan hasil kerja kerasnya selama ini.

Bagaimanapun, Zarina tetap berfikiran positif dengan menganggap orang yang mengambil wang Azal mungkin dalam kesusahan dan bukan rezekinya anaknya kali ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas