Oh! Artis
Zarina Anjoulie Jawab Tuduhan Rakam Video ‘Panas’ Dengan Hot Daddy Di Bali
Anju tegaskan tiada video panas di Bali, hanya terserempak dengan Hot Daddy.
Nama pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi bualan hangat apabila timbul dakwaan kononnya dia merakam video ‘panas’ ketika berada di Bali.
Lebih mengejutkan, ada yang kata Zarina atau lebih mesra disapa Anju siap kenakan caj untuk sesiapa yang nak tengok video tu.
BACA: Zarina Anjoulie Muncul Dalam Video Bersama Hot Daddy Undang Perhatian Ramai
Namun, Anju terus menafikan perkara itu dan menyifatkan semua tuduhan tersebut sebagai tidak benar sama sekali.
Pergi Bali hanya untuk kerja
Menurut Anju, tujuan utama ke Bali hanyalah untuk kerja iaitu mempromosikan produk yang telah bersama dengannya sejak 2019.
Tambah Anju lagi, dia hanya terserempak dengan seorang sahabat lama bernama Daddy Ash ketika di Bali, namun itu langsung tiada kaitan dengan isu yang sedang kecoh sekarang.
Tuduhan video Telegram palsu
Anju turut mendedahkan isu ini berpunca daripada orang ramai yang DM bertanya mengenai link, nak subscribe channel Telegram.
Anju nak jelaskan sekali lagi, tiada jualan video porno seperti yang korang kata. Apa yang korang dapat tu semuanya akaun palsu.
Dalam masa sama, Anju mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan akaun-akaun scam yang cuba menggunakan namanya.
Pssttt! Tegur tandanya sayang. Para peminat mesti nak yang terbaik untuk artis kesayangannya kan. Tapi janganlah sampai jatuh fitnah meskipun perkara itu menjurus kepada fitnah.
Kredit: Instagram Zarina Anjoulie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM