Connect with us

Oh! Media

Yusof Haslam Enggan Komen Tentang Isteri Kedua Syamsul, Ira Kazar Yang Dikatakan Sedang Hamil

Yusof haslam ira kazar hamil ohmedia

Oh! Artis

Yusof Haslam Enggan Komen Tentang Isteri Kedua Syamsul, Ira Kazar Yang Dikatakan Sedang Hamil

Ira Kazar sedang hamil anak Syamsul Yusof? Itulah antara persoalan yang diajukan kepada penerbit, Datuk Yusof Haslam tentang anaknya.

Bagaimanapun, Yusof Haslam turut tidak mahu memberikan sebarang komen tentang anaknya itu dan memilih untuk berdiam kerana perlu menjaga banyak hati.

Dia hamil atau tidak saya tak tahu. Saya taknak komen. Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih.

Isteri nasihat untuk tidak lagi beri komen apa-apa…

Yusuf Haslam yang ditemui semasa tayangan perdana filem Harum Malam itu turut telah mendapat pesanan dari isterinya untuk tidak berkata apa-apa kerana sudah tahu pasti akan dikejar wartawan. Apapun, beliau tetap memahami tugas dan tidak mengelak dari disoal wartawan.

IKLAN

Sebagai orang seni, saya kena jawab apabila ditanya. Menjadi sasaran di media sosial juga adalah satu perkara yang perlu saya sedia daripada awal. – Katanya.

Tidak marah Syamsul, hati tetap sayang…

Bagaimanapun, sebagai seorang bapa, beliau tetap mendoakan untuk Syamsul, Puteri Sarah dan cucunya.

Saya tahu Syamsul pun tengah tertekan sekarang. Saya tetap sayang dia. Walau sebelum ini kata-kata saya macam marah, tapi itu hanya di mulut sahaja. Hati tetap sayang.

Sama-sama kita doakan agar masalah yang berlaku antara mereka ini dapat diselesaikan dengan baik dan harapnya keluarga ini dapat bersatu semula.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas