Connect with us

Oh! Media

Yonnyboii Bukan Perampas, Minta Imran Aqil Move On

Yonnyboii

Oh! Artis

Yonnyboii Bukan Perampas, Minta Imran Aqil Move On

Baru-baru ini, kecoh mengenai penyanyi lagu Salahku, Yonnyboii, bertunang dengan bekas kekasih penyampai radio Hot FM, Imran Aqil.

ADVERTISEMENT

BACA: Imran Aqil Tak Sangka ‘Ex’ Bertunang Dengan Yonnyboii

Baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati, Nik Nazira Narriman, Yonnyboii dikecam dan dituduh merampas bekas kekasih Imran Aqil, yang dikatakan baru sahaja putus pada 9 September lalu.

Tiada istilah merampas

Desas desus ini berlaku apabila penyampai radio Hot FM itu meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bekas kekasihnya, Nik Nazira kini sudah bergelar sebagai tunang kepada Yonnyboii.

Menurut Mstar, Yonnyboii, atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata dia sebelum ini hanya berkawan sahaja bersama Nik Nazira dan tiada istilah merampas. Katanya, dia membuat keputusan untuk bertunang apabila kedua-dua belah keluarga merestui hubungan mereka.

Saya tak kenal dia secara peribadi dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun saya memang berkawan sahaja dengan Nina.

Apabila dapat persetujuan dan restu keluarga, kami terus ambil keputusan untuk bertunang.

Hubungan saya dengan tunang pun hanya ‘go with the flow’. Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia.

Yonnyboii berharap Imran Aqil berhenti memperbesarkan isu hubungannya bersama Nik yang sudah berakhir pada September lalu.

Yonnyboii tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hal itu dan hanya mahu memberi perhatian kepada persiapan perkahwinannya yang dijangka berlangsung pada 22 Januari 2022.

Cukup-cukuplah nak perbesarkan isu ini. Lagipun, dia sendiri cakap yang soal jodoh itu sudah ditentukan Allah.

Jadi, kalau betul-betul dia terima, dia kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Lagipun dia masih muda dan ramai lagi bunga dekat luar sana.

Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab yang penting sekarang ini urusan nak berkahwin sahaja. – Yonnyboii

Itulah penjelasan penyanyi kepada lagu Salahku terhadap isu panas mengenai tunangnya dan penyampai radio Hot FM itu. Jodoh itu rahsia Allah, jangan kita buruk-burukkan lagi keadaan orang yang mahu membina masjid okay? Doa yang baik-baik saja untuk mereka semua.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas