
Oh! Artis
Yassin Senario Dedah Ditahan 6 Bulan Di Jeddah Gara-Gara Grinder Lambang Mencurigakan
Yassin Senario rupa-rupanya bukan ditahan sebab dadah! Hanya disebabkan kertas rokok dan grinder!
Pelawak terkenal, Yassin Senario akhirnya telah pulang ke tanah air selepas enam bulan ditahan di Jeddah, Arab Saudi.
BACA: “I’m Not Smuggle..” – Rayu Yassin Senario
Ramai netizen menganggap pelawak itu ditahan di atas kesalahan dadah, tetapi sebenarnya hanya salah faham?
Salah faham di kastam buat Yassin dihantar ke lokap

Lapor Kosmo!, Yassin dikatakan ditahan berpunca daripada barangan peribadi yang disalah erti sebagai mencurigakan oleh pihak berkuasa di sana.
Jelasnya, semuanya bermula apabila dia membawa beberapa barang termasuk rokok kertas, grinder dan sekotak rokok ke Tanah Suci.
Barang-barang itu dibeli di lapangan terbang sebelum menaiki penerbangan lapan jam ke Jeddah.
Sampai di Jeddah, beg saya diimbas ketika transit ke Madinah. Kastam nampak sesuatu dan arahkan buka beg. Dia pegang ‘grinder’ yang ada lambang mencurigakan, terus mereka selongkar semua.
Tambahnya lagi, walaupun sudah menjelaskan barang tersebut adalah rokok dan menawarkan diri untuk menjalani ujian air kencing, dia tetap dibawa ke bilik soal siasat.
Mutawif yang mengiringinya juga diarahkan untuk meninggalkannya kerana perlu mengejar penerbangan.
Lebih mengejutkan, selepas disoal siasat, Yassin digari dan dibawa ke balai polis Jeddah, sebelum ditahan dalam sel khas untuk kes berkaitan dadah.
Saya tak tahu apa salah saya. Kalau lambang pada barang boleh jadi isu, patutnya saya dah ditahan sejak di Malaysia. Saya cuma berserah dan zikir dalam hati, minta Allah tolong.
Niat ke umrah bertukar tragedi tak disangka

Yassin turut berkongsi bahawa beliau menerima tajaan untuk menunaikan umrah bersama 24 artis veteran lain.
Dia menyifatkan peluang itu sebagai satu petanda setelah ibunya baru sahaja berdoa agar salah seorang anaknya dapat ke Tanah Suci.
Saya teruja dan fikir inilah waktunya. Saya ada job (kerja), tapi bila fikir balik, ini peluang yang saya tunggu. Saya tanya isteri dan mak. Mak kata baru semalam dia doa agar salah seorang anak dapat pergi umrah.
Walaupun tidak sempat menghadiri kursus umrah, Yassin tetap nekad pergi dan hanya sempat belajar secara ringkas menerusi YouTube.
