Connect with us

Oh! Media

“Yang Penting Nawaitu Kita” – Mas Khan Perjelas Isu Bela Anjing Dan Tatu

Oh! Artis

“Yang Penting Nawaitu Kita” – Mas Khan Perjelas Isu Bela Anjing Dan Tatu

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai pelakon, Mas Khan yang memuat naik video dirinya bermain dengan anjing baka German Shepherd yang dinamakannya sebagai Cash.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Buat Sebarang Spekulasi” – Mas Khan Tahu Kisah Sebenar Kematian Syazlin Zainal

Perkongsian Mas Khan itu mendapat kecaman warganet yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pelakon filem Abang Long Fadil itu kerana membela anjing. Bukan itu sahaja, dapat juga dilihat terdapat lukisan ‘tatu’ pada leher dan lengan kanan pelakon itu.

Mas Khan jelaskan mengapa bela anjing

Menerusi video yang tular dan mendapat kecaman ramai itu, Mas Khan menjelaskan faktor utama dia membela anjing tersebut adalah untuk menjaga keselamatan akademi pelaburan yang ditubuhkannya dan bukanlah untuk menjadikan anjing tersebut sebagai haiwan peliharaan.

@maskhan94 Pak guard MetaTrade Academy 😅 #germanshepherd #puppy #7months ♬ original sound – Mas Khan

Mas Khan juga menjelaskan bahawa dia masih boleh membezakan yang mana halal dan yang mana haram dan apa yang dilakukan seseorang itu mestilah berdasarkan niat.

Aku minta maaf, kalau ada yang menyinggung hati dan perasaan korang sebab main dengan anjing. Tapi paling penting ini pendapat saya, kita bukan tak tahu apa halal apa haram.

Yang penting nawaitu kita, niat saya bela Cash ni sebab dia menjaga kawasan ni yang berada di tengah Kuala Lumpur. Apa-apa boleh terjadi.

Dalam pada itu, Mas Khan turut menjelaskan mengenai tatu yang terdapat di leher dan lengannya. Menurut Mas Khan, tatu tersebut merupakan lukisan dan boleh hilang dan ditinggalkan bila-bila masa sahaja.

Jangan kecam-kecam dah, Mas Khan pun dah jelaskan perkara yang sebenar, jadi harap semua jelas lah ya.

Kredit: TikTok Mas Khan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas