Terdahulu, pelakon Nad Zainal berkongsi di laman TikToknya tentang keterujaan mereka sekeluarga meraikan kejayaan anak sulungnya, Yem di sekolah.
Dalam mereka teruja dengan kejayaan dikecapi anaknya itu, pelbagai reaksi yang dilontar di ruangan komen. Namun, ada pula netizen yang kurang senang dengan kejayaan yang mereka kongsikan. Ada yang memuji, ada juga yang mempersoalkan keputusan Nad Zainal menghantar anaknya ke sekolah kerajaan dan bukan swasta seperti lazimnya rakan artis dan golongan elit.
IKLAN
“Ramai saja yang berjaya sebagai ‘produk’ sekolah kerajaan” – Nad Zainal
Menjawab persoalan netizen tentang keputusannya menghantar anaknya ke sekolah kerajaan, Nad Zainal percaya dan yakin menghantar anak-anak di sekolah mana pun sama sahaja, yang penting adalah didikan dirumah.
Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta? Oh jawapannya mudah. Jimat dan saya yakin hantarlah mana sekolah pun, didikan dan disiplin awal dari rumah – Katanya
Katanya lagi, perkara yang paling penting apabila membuat keputusan dalam memilih tempat anak bersekolah adalah mengikut kemampuan.
Anakku Fahad Ibrahim Terima Kasih untuk hari ini Yem Terima Kasih juga untuk hari hari yang telah berlalu Segala nasihat, teguran dan didikan hanyalah untuk kebaikanmu dalam dunia sekarang, tak boleh jika terlalu “senang” dan tenang Yem Kami mahu Yem jadi abang yang penuh ilmu di dada Oklah.. abah kau pun dah cakap nak buat apps Matematik bahagi pulak.. goodluck lah Yem.. satu yang saya perasan, semua anak anak yang berjaya gondol anugerah hebat hebat tadi rata ratanya punya hobi : membaca hebatnya ibu bapa yang tak layan rengekan anak bermain gadget.. melahirkan anak anak yang pintar seiring dengan sahsiah yang terpuji
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan Nad Zainal dan berpendapat pemilihan sekolah tidak menentukan kejayaan anak-anak sebaliknya adalah ibu bapa yang bertanggungjawab membentuk anak mereka.
Berjaya atau tidak seseorang itu bukanlah disebabkan di mana dia bersekolah. Tetapi bagaimana dia belajar dan menerima apa yang diajar. – Kata Netizen.
Ada juga yang berpendapat bahawa keputusan menghantar anak ke pusat pendidikan swasta adalah pilihan yang lebih praktikal, terutamanya kerana ia memudahkan urusan harian seperti pengaturan pergerakan anak pergi dan balik sekolah, sekali gus memberikan lebih keselesaan kepada ibu bapa tentang keselamatan anak-anak.
#OhmediaNasihat
Pemilihan sekolah untuk anak-anak, sama ada kerajaan atau swasta, adalah keputusan yang bergantung kepada kemampuan dan keutamaan setiap keluarga.
Apa yang lebih penting adalah peranan ibu bapa dalam memberikan didikan, disiplin, dan sokongan moral kepada anak-anak di rumah.