Connect with us
will smith

Oh! Artis

Pihak Akademi Akhirnya Umumkan Hukuman Ke Atas Will Smith, Anugerah Oscar Tidak Ditarik?

Sebelum ini kecoh satu dunia apabila pelakon popular Hollywood, Will Smith telah menampar pelawak, Chris Rock. Disebabkan itu, pihak akademi akhirnya memutuskan untuk melarang Will Smith untuk menghadiri Anugerah Akademi selama 10 tahun.

BACA: “Tidak Boleh Lari Daripada Orang Yang Tidak Hormati Kita”- Will Smith Menangis Atas Pentas Oscar

IKLAN

Hukuman ini diumumkan oleh Presiden Akademi, David Rubin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dawn Husdon serta lembaga pengarah lain. Ini bermakna, Will tidak boleh menghadiri anugerah terbesar itu secara fizikal mahupun maya bermula 8 April 2022.

Hukuman ini diputuskan di Los Angeles hari ini dan dipercepatkan kerana Will telah meletakkan jawatan dalam Akademi secara sukarela minggu lalu.

Nasib Will bagaimanapun agak baik kerana tidak digantung sepenuhnya. Will juga masih boleh dicalonkan sebagai pemenang Oscar untuk masa hadapan tanpa halangan.

Will dalam pada itu menerima dan menghormati keputusan yang dibuat.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas