Connect with us

Oh! Media

Will Smith Hampir Ditahan Polis Los Angeles Tapi Chris Rock Selamatkan Keadaan?

Oh! Artis

Will Smith Hampir Ditahan Polis Los Angeles Tapi Chris Rock Selamatkan Keadaan?

Sebelum ini, Bintang Hollywood, Will Smith mengejutkan penonton ketika siaran langsung pentas Anugerah Akademi ke-94 apabila dia melempang pelakon dan pelawak popular, Chris Rock.

ADVERTISEMENT

BACA : Penonton Tergamam, Ini Sebab Will Smith Lempang Chris Rock Ketika Siaran Langsung Oscars

Menurut laporan Sinar Harian, Polis Los Angeles sebenarnya sewaktu itu telahpun bersiap sedia untuk menahan Smith dan perkara ini dikatakan sendiri penerbit acara Hollywood itu, Will Packer.

Tapi Rock memutuskan untuk tidak mendakwa Smith, jadi penangkapan itu tidaklah dibuat. 

Ketika itu semua menyatakan tindakan tersebut merupakan satu serangan, perkataan itu yang digunakan pada waktu itu.

Kami telah bersedia untuk menahannya ketika itu.

Walaubagaimanapun, Smith telahpun memohon maaf selepas beberapa jam kejadian itu berlaku ketika menerima anugerah Pelakon Terbaik.

Apa pandangan korang? Setiap manusia ada tahap kesabarannya kan dan mungkin dua-dua pihak sedar akan salah masing-masing serta tidak mahu memperbesarkan hal ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas