Connect with us

Oh! Media

“Warna Baju Pun Tak Menonjol” – Diana Amir Kongsi Kisah Hijrah, Peminat Puji ‘Perfect’ Pakai Niqab

Oh! Artis

“Warna Baju Pun Tak Menonjol” – Diana Amir Kongsi Kisah Hijrah, Peminat Puji ‘Perfect’ Pakai Niqab

Siapa tak kenal dengan pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu Diana Amir. Diana Amir kini sudah tampil berniqab dan menyatakan hasrat mahu meninggalkan dunia seni sepenuhnya.

ADVERTISEMENT

Berkongsi kisah hijrah kepada Neelofa dalam satu program bual bicara, Diana berkata, dia mula berhijab selepas sedar kematian sangat dekat dengan manusia.

Dia juga pernah ditegur mak mentua namun waktu itu hatinya masih keras. Dia rasa tak apa asalkan dia baik dan tak kacau orang.

Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.

Hati pelakon filem Aku Masih Dara ini juga mula faham hakikat bahawa semua orang akan mati dan betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada umatnya.

Sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.

Kongsi pelakon ini lagi, dia mula rasa nak pakai niqab selepas pulang daripada umrah pada 2019. Tapi waktu itu dia belum bersedia sepenuhnya, ada masa pakai dan ada masa tidak.

Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.

Saya seorang yang kuat empati, bila saya dengar lagu ini rasa macam Allah sedang bercakap dengan saya dan saya sedang bercakap dengan Allah. Daku datang kepada-Mu Ya Allah.

Katanya lagi, pakai niqab ada bukti cintanya kepada Allah SWT. Diana Amir juga nekad tak mahu lagi muncul di khalayak ramai sebagai seorang artis.

Di ruangan komen perkongsian Neelofa, orang ramai memuji pelakon ini yang dikatakan sempurna dari segi pakaiannya. Ini kerana Diana memakai jubah hitam dan hanya menampakkan bahagian mata.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas