Oh! Artis
Wardina Bengang Wartawan Heret Anak Zahnita Dalam Masalah Keluarga
Wardina dah bersuara tu… Masalah keluarga yang dihadapi pelakon dan model, Zahnita kembali menjadi tumpuan apabila anak dan ibu mentuanya ditemu bual pihak media.
Tindakan pihak media itu bagaimanapaun mendapat kritikan pelakon senior, Wardina Safiyyah yang kecewa terhadap komen-komen netizen yang disifatkan kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan, terutama terhadap anak sulung Zahnita.
“Jangan libatkan anak dalam isu ini!”- Wardina.

Wardina menegaskan tindakan menemu bual anak Zahnita adalah sesuatu yang tidak wajar.
Saya rasa sangat tidak patut interview anak dia. Komen netizen terhadap anak Zahnita sangat kurang ajar.- Katanya tegas.
Beliau turut mengkritik tindakan wartawan yang mengajukan soalan kepada seorang kanak-kanak yang juga merupakan mangsa dalam situasi ini.
Dia tu budak. Awak tak sepatutnya exposed budak tu. Wartawan ni pun, korang kan ada etika kewartawanan. Jangan interview budak.- Tambahnya lagi.
“Mental budak tu pun kena jaga!”- Wardina.

Wardina turut menzahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan mental anak sulung Zahnita yang kini menjadi tumpuan netizen.
Korang ingat dia tak baca ke komen-komen daripada korang semua? Habis mental health budak tu dah teruk hadap mak ayah dia berpisah, tambah lagi dengan komen korang.- Ujarnya dengan nada kecewa.
Wardina mengingatkan semua pihak bahawa anak-anak Zahnita tidak bersalah dan turut menjadi mangsa keadaan dalam konflik ini.
#OhmediaNasihat
Sebagai masyarakat, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak.
Jangan jadikan media sosial platform untuk menghakimi mangsa keadaan. Hormati perasaan mereka, kerana kesan psikologi boleh menghantui mereka seumur hidup.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM