Connect with us

Oh! Media

Dikritik Macam Kepala Teletubbies, Fesyen Tudung Wany Hasrita Curi Perhatian Netizen

Oh! Artis

Dikritik Macam Kepala Teletubbies, Fesyen Tudung Wany Hasrita Curi Perhatian Netizen

Ya Allah, tengah sedap-sedap ulang balik persembahan Wany Hasrita dengan Dato’ Jamal Abdillah malam tadi dekat Youtube, terus berdekah bila baca komen yang diberi oleh netizen. Alahai, banyak betul idea korang ya!

ADVERTISEMENT

Malam tadi dah pun berlangsung episod ke 3, Muzik-Muzik Separuh Akhir 35 (SFMM35) selepas ditunda selama dua minggu dek kerana salah seorang artis telah disahkan positif Covid-19. Malam tadi juga telah diumumkan semua 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pada Februari nanti. Salah satunya adalah lagu Belenggu Rindu dari Wany dan Dato’ Jamal.

BACA : Lagu Yang Anda Rasa Layak, Tak Lepas Masuk Final AJL35? Ini Jawapan Azmeer

Itu yang ohmedia dok ulang balik dengar persembahan diorang. Kalau ikutkan, memang sedap gandingan Dato’ Jamal dengan Wany Hasrita. Senang cerita, secukup rasalah! Mungkin sebab itu juga lagu ini layak ke AJL. Yang paling kami kagum dan salute, of course lah pada the legend Dato’ Jamal Abdillah. Yelah, kalau ikutkan umur beliau dah berapa. Tapi suara tak berubah langsung. Still maintain sedap macam dulu!

Wany Hasrita pun tak payah disangkal lagi. Dengan suaranya yang lembut dan lunak tu, confirm dapat cairkan hati orang yang mendengar. Tapi alahai, ada pula benda lain pada Wany Hasrita yang curi perhatian netizen. Tudung yang digayakannya malam tadi, dikatakan ada yang tak kena. Ada yang cakap macam teletubbies, ada yang cakap macam jumpsuit gymnastic, ada yang cakap majam ninja, macam-macam!

Tapi yang paling tarik perhatian ohmedia adalah komen tentang mangsa fesyen. Betul juga, dulu pun Aina Abdul pernah dikritik juga tentang isu ini.

Memang tak salah kalau nak tambah sedikit fesyen pada pakaian artis, tapi janganlah melampau-lampau. Tak pasal-pasal nampak pelik. Biar berpada-pada, asalkan sedap mata memandang. Lagipun sebenarnya kalau nak nampak grand, tak perlu beria sangat pun. Bak kata orang, keep it simple.

Kredit: Youtube TV9 Malaysia

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas