Connect with us

Oh! Media

Wanita Kesunyian Tertipu Dengan Godaan Lelaki Menyamar Pelakon Hollywood, Brad Pitt

Ohmedia scammer menyamar brad pitt

Oh! Artis

Wanita Kesunyian Tertipu Dengan Godaan Lelaki Menyamar Pelakon Hollywood, Brad Pitt

Polis Sepanyol menahan lima individu yang didakwa menipu dua wanita sebanyak AS$361,000 (kira-kira RM1.5 juta) dengan menyamar sebagai pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt melalui mesej dalam talian dan WhatsApp.

Menurut kenyataan polis Guardia Civil Sepanyol, suspek berjaya memperdaya mangsa melalui laman web peminat Brad Pitt, sehingga membuatkan mereka percaya sedang berhubung dengan bintang Hollywood tersebut.

Modus operandi adalah dengan penyamaran dan pelaburan palsu…

Selepas menyamar sebagai Pitt, suspek mencadangkan wanita berkenaan melabur dalam projek yang tidak wujud. Seorang mangsa ditipu sebanyak AS$195,000 (RM819,000), manakala seorang lagi kehilangan AS$167,000 (RM702,000).

IKLAN

Cara penjenayah siber ini adalah dengan mengkaji rangkaian sosial mangsa, membuat profil psikologi, dan mendapati kedua-dua wanita ini kurang kasih sayang dan berada dalam keadaan tertekan.- Kata pihak polis.

Suspek menggunakan mesej di WhatsApp dan e-mel untuk memperdaya mangsa sehingga mereka percaya sedang berbual dengan Brad Pitt, yang kononnya menjanjikan hubungan romantis dan masa depan bersama.

Penahanan dan rampasan barang bukti…

Polis menahan lima individu di wilayah Andalusia, termasuk ketua kumpulan. Beberapa telefon bimbit, kad bank, dua komputer, dan sebuah diari yang mengandungi skrip penipuan turut dirampas.

Pegawai berjaya mendapatkan semula AS$94,000 (RM395,000) wang milik dua wanita berkenaan.

Ohmedia scammer menyamar brad pitt

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas