Connect with us

Oh! Media

‘Wanita Bukanlah Objek Nafsu’ – Komen Lucah, PU Rahmat Tegur Lelaki Miang

Oh! Artis

‘Wanita Bukanlah Objek Nafsu’ – Komen Lucah, PU Rahmat Tegur Lelaki Miang

Fasih menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, Elizabeth Tan merupakan salah seorang selebriti tempatan yang mempunyai ramai pengikut. Jika anda mengikuti perkembangannya di Instagram, penyanyi lagu Semua Sudah ini gemar berkongsi aktiviti hariannya.

ADVERTISEMENT

Namun lain pula ceritanya apabila video menunjukkan aksi lipatan kaki ke bahagian belakang kepala telah dihujani komen lelaki-lelaki gatal.

BACA: Bakat Rahsia Elizabeth Tan Pula Tarik Komen Nakal Lelaki Miang

Menulis komen berunsur lucah secara terbuka, tindakan pengikut-pengikut lelaki ini mengundang rasa tidak senang peminat yang lain. Menurut mereka, apa yang ditulis seakan menggambarkan pemikiran individu itu sendiri.

Di Facebook, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan turut menegur individu yang melontarkan komen lucah sedemikian. Dia memohon pandangan dilabuhkan daripada memandang aurat selain daripada isteri yang sah.

Sudah melampau kiranya saya lihat komentar lelaki muslim di Page Saudari Elizabeth Tan. Lebih parah ada kalangan memberi komentar lucah daripada kalangan suami orang berpangkat seorang ayah.

1) Wahai suami, labuhkanlah pandangan mata daripada memandang aurat selain daripada isteri anda yang halal.
2) Sukakah kita anak perempuan kita kelak diberi komentar lucah?

Dan yang terakhir , saudari Elizabeth Tan. Saya tiada hak untuk menasihati anda tetapi saya percaya awak tidak berniat buruk dalam setiap posting. Hanya jika dapat kurangkan posting yang menjemput komentar daripada lelaki bermata miang itu lebih baik.

Wanita itu terlalu mahal harganya dan tinggi martabat. Wanita bukanlah objek nafsu tetapi wanita adalah lambang kekuatan dan keindahan yang beradab susila. SELAMAT HARI WANITA

Kata PU Rahmat lagi, dia percaya Elizabeth Tan tiada niat buruk dalam setiap posting yang dimuat naiknya di media sosial. Dia turut memohon Elizabeth mengurangkan posting yang boleh mengundang komen lelaki-lelaki miang.

Kredit: PU Rahmat Ikhsan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas