Connect with us

Oh! Media

“Saya Seolah-Olah Rasa Pergi Takkan Kembali” – Wan Maimunah Berhasrat Pakai Serba Putih Ke Makkah

Wanmaimunah

Oh! Artis

“Saya Seolah-Olah Rasa Pergi Takkan Kembali” – Wan Maimunah Berhasrat Pakai Serba Putih Ke Makkah

Pelakon veteran, Wan Maimunah yang bakal menjejakkan kaki ke Makkah pada 1 Disember nanti berhasrat mahu mengenakan pakaian serba putih sepanjang mengerjakan ibadah umrah di sana.

BACA: Wan Maimunah Tak Dapat Tahan Air Mata Terima Bantuan Dari Ustaz

Wan Maimunah yang terkenal dengan jolokan bintang air mata itu tidak kisah sekiranya ada pihak yang menyifatkan tindakannya sebagai membazir kerana hanya mahu kelihatan bersih dan elok sepanjang menjadi tetamu Allah di sana nanti.

IKLAN
Screenshot 2022 10 18 at 114849

Saya tidak tahu kenapa perasaan ini timbul. Saya seolah-olah merasakan pergi takkan kembali. Lebih lagi, saya begitu teruja menyediakan persalinan serba putih untuk ke Makkah.

Saya juga bercadang memakai telekung putih apabila ke masjid. Bagi saya, tidak salah membelanjakan sedikit wang untuk membeli keperluan apabila menjadi tetamu rumah Allah.

Jika kita sanggup berhabis untuk hari raya atau menghadiri kenduri, kenapa hendak berkira berkunjung ke rumah Allah?

Memetik laporan daripada Berita Harian, Wan Maimunah yang ditemui ketika penggambaran telefilem Dosa Tak Terampun memaklumkan bahawa hatinya lebih tersentuh apabila perlu melakonkan babak jenazah dikafankan dalam telefilem tersebut.

Allahuakbar, saya terkejut ketika membaca skrip. Seolah-olah apa yang terdetik dalam fikiran bakal terjadi. Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya. Sekiranya pergi dan tak kembali, saya reda. Ini kerana semuanya kehendak Ilahi.

Cuma, saya mahu mohon maaf terlebih dahulu kerana bimbang tidak berpeluang berjumpa lagi selepas ini.

Allahu, rasa sedih pula bila dengar ‘ibu’ Wan Maimunah cakap macam ni. Apa-apa pun sama-samalah kita doakan agar perjalanan pergi dan balik Wan Maimunah ke Makkah dipermudahkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas