Connect with us

Oh! Media

“Waktu Kau Sedap Mabuk, Hisap Dadah” – Bapa Tiri Puteri Balqis Buat Dakwaan Mengejutkan Mengenai Mia Sara

Ohmedia mia Sara

Oh! Artis

“Waktu Kau Sedap Mabuk, Hisap Dadah” – Bapa Tiri Puteri Balqis Buat Dakwaan Mengejutkan Mengenai Mia Sara

Bapa tiri Puteri Balqis dakwa Mia Sara menyebabkan isterinya menderita.

Semalam, pelakon berbakat Puteri Balqis telah mencabar pelakon cilik Mia Sara untuk bersemuka dengannya.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mendakwa Mia Sara telah menghina ibunya di khalayak ramai sebelum ini.

BACA:  “Kau Comment Mak Aku Tak Didik Aku” – Puteri Balqis ‘Sound’ Mia Sara

IKLAN

Terbaru, bapa tiri Aqish pula tampil membuat dakwaan mengejutkan mengenai pelakon kecil molek itu.

Di Instagram, individu yang menggunakan nama Volkov Kafziel menuduh Mia menyebabkan penderitaan terhadap isterinya melalui fitnah dan kata-kata yang dilemparkan selama ini.

Malah, dia mendakwa isterinya hampir kehilangan nyawa kerana tekanan yang ditanggung akibat perbuatan tersebut.

Tuduh Mia Sara berpura-pura baik?

Mia Sara

Paling mengejutkan, Volkov menuduh individu yang dimaksudkan dipercayai Mia Sara terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti mabuk, mengambil dadah dan mempunyai hubungan dengan ramai lelaki.

Namun, dakwanya lagi, kini pelakon itu cuba menonjolkan diri sebagai mangsa dan ‘disanjung’ oleh masyarakat.

Volkov juga mendakwa isterinya seorang yang bersih dan tidak pernah mencetuskan sebarang masalah, namun telah dijadikan sasaran sehingga keluarga mereka dilabel sebagai ‘punca segala masalah.’

Volkov turut tag akaun @therealmiasara dan menuduh para artis lain yang rapat dengan Mia Sara turut bersubahat dalam ‘melindungi’ pelakon berkenaan.

Puteri Balqis

Setakat ini, Mia Sara belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai dakwaan berat yang dilemparkan.

Pssttt! Pendedahan sebegini memang mengejutkan, lebih-lebih lagi apabila membabitkan nama besar seperti Mia Sara. Namun, dalam dunia hiburan yang penuh kontroversi, kita juga perlu berhati-hati agar tidak terus menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita dari kedua-dua belah pihak. Semoga segala kekeliruan dapat dirungkai dengan cara yang baik.

Kredit: Instagram Volkov Kafziel
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas