Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Viral Video Berkumpul Di Hari Raya, Keluarga Neelofa Hadir Beri Keterangan

Nama selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat selepas video pendek tular di Twitter dipercayai dirakam ketika perayaan Aidilfitri beberapa hari lalu.

BACA: “Tak Abis-Abis Muka Kau” – Azwan Ali Gesa Neelofa Dipenjara Selepas Langgar SOP Kali Ketiga

IKLAN

Video tersebut difahamkan telah dikongsi kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila di Instagram. Menerusi video tersebut, kelihatan ibu bapa dan adik beradiknya saling bersalaman dan bermaafan.

Terbaru, Harian Metro melaporkan ahli keluarga Neelofa hari ini telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk memberi keterangan. Turut kelihatan adalah bapa kepada selebriti berkenaan.

Memetik laporan tersebut, mereka tiba sekitar jam 2.51 petang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih.

Terdahulu, polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan keluarga berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Video tular berdurasi 26 saat yang dikongsikan kembali di Twitter sehingga kini telah mendapat lebih 3k retweet dan 2k tanda suka. Orang ramai rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati berikutan isu perlanggaran ini bukan kali pertama berlaku.

Kredit: Harian Metro , Naz.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas