Connect with us

Oh! Media

“Tak Abis-Abis Muka Kau” – Azwan Ali Gesa Neelofa Dipenjara Selepas Langgar SOP Kali Ketiga

Azwan Ali Marah

Oh! Artis

“Tak Abis-Abis Muka Kau” – Azwan Ali Gesa Neelofa Dipenjara Selepas Langgar SOP Kali Ketiga

Pengacara dan pelakon, Azwan Ali menggesa kerajaan untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas Neelofa selepas didakwa sekali lagi melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila disyaki menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga besarnya baru-baru ini.

Azwan Ali atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali berasa berang dengan tindakan selebriti tanah air itu yang dilihat sudah beberapa kali melanggar SOP semasa negara bergelut dengan wabak Covid-19.

Azwan ali tweet
Tangkap layar hantaran yang dibuat Azwan Ali di laman Twitter menggesa neelofa dipenjara atas perbuatannya itu Sumber Kosmo

Menerusi hantarannya di laman Twitter, Azwan Ali lantang menyelar tindakkan Neelofa dan mendesak supaya Neelofa dikenakan hukuman penjara atas kesalahannya itu.

IKLAN

Saya nak jadi orang rakyat pertama gesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi (bagi) viral (tweet) ini.

Dua kali dah kau gelupur langgar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan marah. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!

Baru-baru ini, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila tular di laman media sosial selepas sebuah video memaparkan ahli keluarga mereka berkumpul pada pagi shawal untuk menyambut perayaan itu sambil bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.

Video berdurasi 27 saat yang dimuat naik di laman instagram milik Nabila bagaimanapun dipadam selepas mencetuskan rasa marah netizen.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas