Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Didakwa Tak Pakai Mask, Neelofa Disiasat

Neelofa Tak Pakai Mask

Oh! Artis

Tular Gambar Didakwa Tak Pakai Mask, Neelofa Disiasat

Selebriti popular, Neelofa sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia didakwa tidak memakai pelitup muka di sebalik niqab. Hal ini mula menjadi perdebatan apabila sekeping gambar ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban menampakkan bayangan mulut dan hidungnya tular di media sosial.

BACA: Netizen Dakwa Neelofa Tak Pakai Mask Ketika Hadir Ke Mahkamah Pagi Tadi

Terbaru, Sinar Harian melaporkan polis akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka di Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

IKLAN
Whatsapp image 2021 05 20 at 10539 pm

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pihaknya telah menerima laporan berhubung isu yang sedang diperkatakan itu.

Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti mana diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.

Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.

Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.

Katanya, penjelasan mengenai arahan tersebut telah dikeluarkan KKM dan kerajaan telah menguatkuasakan arahan bermula 1 Ogos tahun lalu.

Berhubung hal ini, satu siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas