Connect with us

Oh! Media

(Video) Tular Bekas Personaliti TV Didakwa Mengamuk, Sengaja Langgar Kereta Parking Tepi Jalan

bekas personaliti tv

Oh! Artis

(Video) Tular Bekas Personaliti TV Didakwa Mengamuk, Sengaja Langgar Kereta Parking Tepi Jalan

Tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang wanita dipercayai bekas personaliti TV terkenal didakwa membuat kekecohan apabila menyebabkan kerosakan kepada sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

ADVERTISEMENT

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Boom Malaysia, beliau dipercayai memandu sebuah kereta cuba mengundur untuk masuk ke ruangan parkir berhampiran premis perniagaannya.

Bekas personaliti TV itu didakwa sengaja menyebabkan kerosakan kerana masih banyak ruang yang tersedia untuknya.

@boom.malaysia Space bukan main besar lagi, kenapa sampai macam tu sekali? #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #news #viral #trending #fyp #accident #kecoh ♬ original sound – Boom! Malaysia

Individu yang merakam kejadian itu menunjukkan sekitar kawasan itu di mana sampah sarap bertaburan dan terdapat sebilah pisau di atas jalan.

Perakam juga menunjukkan keadaan kereta rakan sekerjanya kemek serta tercalar termasuk di rim kereta. Perakam dipercayai bekerja di bangunan berhadapan dan banyak kenderaan lain diparkir di tepi jalan kawasan itu.

Hmm, kenapa pula tu ya?

Kredit: Boom Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas