Connect with us

Oh! Media

(Video) Roslan Shah Sakan Menari Atas Riba Perempuan, Netizen Minta Ingat Kembali Insiden Pitam

fd87a2b5 f98c 4168 8dc7 1c2586d84f90

Oh! Artis

(Video) Roslan Shah Sakan Menari Atas Riba Perempuan, Netizen Minta Ingat Kembali Insiden Pitam

Perkongsian Roslan Shah yang lebih mesra dipanggil Cik Lan oleh pengikutnya di Instagram mendapat perhatian segelintir individu.

Menerusi posting itu, Roslan mengucapkan terima kasih kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida atas pemberian gelang mewah kepadanya.

Selain video gelang itu, turut dimuat naik bersama sekeping foto swafoto mereka serta satu lagi rakaman menunjukkan mereka bertiga dan beberapa individu lain sedang berseronok.

IKLAN

Rakaman tersebut menunjukkan Roslan sedang menari sambil disaksikan pasangan usahawan D’herbs itu dan beberapa individu lain.

Dia kemudian dilihat seperti bergelek dan ‘lap dance’ di atas riba seorang wanita yang berada di depannya.

Aliff Syukri yang berada di situ turut melompat keseronokan melihat aksi Roslan itu sebelum isterinya menegur supaya memberhentikan aksi terbabit.

Seorang netizen sempat memberi komen terhadap tarian Roslan itu di mana katanya ia tidak sesuai kerana ditonton oleh kanak-kanak.

Rasa macam kurang sesuai persembahan cik lan sebab ada kanak-kanak dan beri contoh yang tak baik.. Ini dikira termasuk dalam “soft p*rn” Cik Lan.”

535815a3 6d7d 4b7a 87df 00e5f6cecac0

Menerusi komen di satu forum pula, mereka mengingatkan tentang kejadian di mana dia pernah pitam kerana tekanan darah tinggi ketika menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan secara langsung, Februari lalu.

Kredit: Instagram Roslan Shah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas