Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) ‘Janna 1, Netizen 0 Tu B*llsh*t’ – Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Mohon Maaf

Cover Photo Om 1200 X 675 25

Oh! Artis

(VIDEO) ‘Janna 1, Netizen 0 Tu B*llsh*t’ – Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Mohon Maaf

Mempunyai rupa paras yang cantik, Janna Nick, merupakan salah seorang pelakon yang mempunyai pengikut yang ramai. Segala tindak tanduknya menjadi perhatian dan sesekali mencetuskan kontroversi hangat.

BACA: Janna Nick Harap Netizen Tak Masuk Campur Urusan Peribadi Shuk

Terbaru, Janna Nick menerusi perkongsian video di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka kepada netizen. Janna Nick dengan penuh hiba berkata dia tidak sepatutnya berkelakuan tidak baik dengan peminat yang menyokongnya selama berada di dalam dunia hiburan.

IKLAN
View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Hai guys, so hari ini 1 Februari 2021. Kita buat video ni untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ni, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick. Kita minta maaf sangat-sangat sebab.. tak tahu lah. Kita rasa macam kita mulakan tahun 2021 ni dengan negatif. Faham tak? Gaduh dengan netizen. Bodohnya lah aku ni. Okay saya mengaku saya bodoh. Saya mengaku sayalah loser tu, saya tak patut pun gaduh dengan netizen.

Sebab bila drama saya keluar, bila you guys support drama tu, trendingkan drama tu and betul-betul suka. Kita rasa sedih sangat, aku ni gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat, gaduh dengan orang yang support aku. At the end of the day, korang juga support. Jadi, Janna 1 – netizen 0 tu bullshit. I’m so sorry. I tak nak gaduh lagi. Statement pasal orang biasa dengan artis tu, betul-betul takde niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Tapi saya mengaku salah saya. Saya nak bagitahu, artis pun orang biasa juga. Saya buat salah saya minta maaf.

Tambah Janna Nick, dia tiada niat untuk mengeluarkan kenyataan membezakan antara orang biasa dan artis. Sesungguhnya dia mengaku, artis juga orang biasa sahaja.

Kredit: Janna Nick

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas