Connect with us

Oh! Media

Didakwa Makin Berisi, Janna Nick Pernah Terfikir Jalani Pembedahan Bariatrik

20230111 145302 0000

Oh! Artis

Didakwa Makin Berisi, Janna Nick Pernah Terfikir Jalani Pembedahan Bariatrik

Pelakon Janna Nick menjadi bualan ramai berikutan bentuk fizikalnya yang dilihat semakin berisi.

BACA: “Patut La Jantan Tu Lari” – Janna Nick Belanja Video Workout Lepas Kena Kritik

Malah, baru-baru ini netizen ada mengejek bentuk badannya yang berisi itu menyebabkan kekasih meninggalkannya.

IKLAN

Jalani pembedahan

Screenshot 20230111 145024 instagram 1

Terbaru, pelakon ini mengaku pernah terlintas di dalam fikiran untuk menjalani pembedahan bariatrik demi menurunkan berat badan.

Saya pernah terfikir dan tertanya-tanya mengenai beberapa jalan pintas yang dimaksudkan. Namun, buat masa ini tidaklah lagi, cuma kalau saya tiba-tiba kurus itu mungkin. Ini kerana saya mengenali badan saya, bukan hanya boleh kurus dengan pemakanan. Saya perlu berdiet bagi mendapatkan berat badan ideal, cuma apabila saya menjalani penggambaran, tersasar juga. Kekangan masa membuatkan saya kurang bersenam ketika sedang sibuk bekerja.

Tambahan, Janna juga memaklumkan bahawa dirinya tidak mengambil pusing mengenai komen negatif masyarakat mengenai bentuk badannya.

Sebagai ‘public figure’ penting untuk mengikut apa yang cantik di mata mereka. Namun apa yang penting, saya tidak terkilan atau terasa dengan komen sebegitu. Malah, saya menjadikannya sebagai pembakar semangat.

Janna juga mengambil kira keutamaan kesihatan dirinya dan niat untuk melakukan pembedahan bariatrik itu juga akan dipertimbangkan semula.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas