Connect with us

Oh! Media

(Video) Dituduh Guna Duit Haram, Ziha AF Tepis Tuduhan Diva AA

Oh! Artis

(Video) Dituduh Guna Duit Haram, Ziha AF Tepis Tuduhan Diva AA

Sejak pagi tadi, tular di media sosial mengenai isu seorang bekas pelajar Akademik Fantasia yang dikenali sebagai Ziha Salleh, apabila dia menepis tuduhan pengacara popular Azwan Ali selepas dia didakwa menjalani hidup mewah menggunakan duit haram oleh pengacara itu.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, Azwan menerusi akaun Twitter rasminya telah mempersoalkan kewujudan Ziha dalam industri dan dia juga turut memerli selebriti itu seolah-olah sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemewahannya yang didakwa diperoleh dengan menggunakan wang haram.

Menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagramnya pula, Ziha dikatakan telah tampil bersuara mengenai tuduhan melulu yang dibuat oleh Azwan itu.

Assalamualaikum. Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak (Azwan), walaupun saya tak kenal awak personally.

Rezeki yang Allah SWT beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Saya bersyukur seadanya.

Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami. Apa yang kami peroleh, adalah daripada restu dan doa kedua-duan ibu bapa kami.

Kata Ziha, disebabkan oleh didikan dan dorongan keluarganya, dia dan juga suami, Zarul Hafis Zarak Kamal terus berusaha dalam apa saja kerjaya yang mereka lakukan.

Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita. – Tulis Ziha di Insta.

Di ruang komen pula rata-rata warganet dilihat tidak bersetuju dengan ‘tweet’ yang telah dimuat naik oleh Azwan yang dikatakan telah menghina dan dengan lancang mengatakan ibu bapa selebriti itu dengan perkataan bangsat.

Fuhhh, tak dinafikan memang cantik betul dapur dekat rumah Ziha ni. Apapun, kita doakan saja yang baik-baik buat Ziha dan Azwan Ali, harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua pihak.

Kredit: Ziha Salleh, Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas