Connect with us

Oh! Media

Video Di Kedai Emas Dengan Kazar Jadi Kontroversi, Syamsul Yusof Jawab “No Komen”

Kedai Emas

Oh! Artis

Video Di Kedai Emas Dengan Kazar Jadi Kontroversi, Syamsul Yusof Jawab “No Komen”

Sejak semalam, kecoh diperkatakan mengenai video melibatkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama pelakon veteran, Kazar di sebuah kedai emas.

Menerusi video itu, dapat dilihat Syamsul seolah-olah berlakon sedang melakukan urusan jual beli emas.

BACA: Buat ‘Content’ Di Kedai Emas? Peguam Teliti Rakaman Video Tular Syamsul Yusof Dan Kazar

IKLAN

Video yang ditularkan seorang pengguna TikTok itu ternyata telah mengundang rasa kurang senang netizen. Ramai yang mengkritiknya tidak menjaga perasaan isteri apatah lagi apabila rumahtangga mereka dikaitkan dengan individu bernama Ira Kazar.

@rghaikimbyeongho Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news…😱#fyp #foryoupage ♬ original sound – Rghaikimbyeongho

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul enggan mengulas lanjut mengenai isu itu. Dalam kiriman Whatsapp, pengarah ini hanya menjawab, “No komen. Ini lah komen saya”.

Kali ni tular video syamsul yusof dengan kazar dekat kedai emas sekali ini pula komen warganet 62c2628f65324

Terdahulu, Datuk Akberdin Abdul Kader selaku peguam Puteri Sarah akan meneliti video tular yang sedang hangat diperkatakan itu.

Tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya rakaman didapati melanggar interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan.

Perintah interim injuksi antaranya defendan (Ira) serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas