Connect with us

Oh! Media

Umum Tamat Tempoh Kuarantin, Caprice Istihar ‘Perang’ Terhadap 3 Golongan

Oh! Artis

Umum Tamat Tempoh Kuarantin, Caprice Istihar ‘Perang’ Terhadap 3 Golongan

Umum mengetahui, penyanyi rap tanah air, Caprice sehingga kini tidak pernah lekang dek kontroversi sehingga ramai netizen mula menzahirkan rasa tidak puas hati kepadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Diajak ‘Bertemu’, Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Daripada Netizen

Selepas dua bulan menghabiskan masa di Jordan, nama Caprice menjadi hangat selepas pertikaiannya dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Baru-baru ini juga, usahawan itu juga turut mendedahkan telah menerima 60 ugutan bunuh selepas dakwahnya di Gaza disalaherti oleh sesetengah pihak.

Namun, disebabkan tempoh kuarantin yang perlu dilaluinya selepas pulang dari luar negara, memaksa dia untuk bersabar sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

Umum tamat tempoh kuarantin

Selepas menjalani kuarantin selama 14 hari, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli akhirnya telah menanggalkan gelang pink pada hari ini.

Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram melalui video dalam Insta Story memaparkan seorang petugas memotong gelang kuarantinnya.

Namun sebalik kebebasannya itu, terdapat satu perkara menarik apabila dia telah mengisytiharkan perang terhadap beberapa golongan yang telah mencemarkan kesucian agama dan bangsa.

Tomorrow (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan predator seksual, pedofilia dan orang-orang munafik.

Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat itu.

Tidak jelas maksud disebalik perkataanya, namun ia jelas memberikan gambaran bahawa usahawan itu akan mengumumkan perkara penting tidak lama lagi.

Ugutan bunuh bukan bahan jenaka

Bagaimanapun, menerusi hantaran Insta Story yang lain, Caprice turut menitipkan nasihat agar masyarakat tidak menjadikan ugutan bunuh sebagai bahan jenaka.

Mungkin untuk sesetengah orang, ugutan bunuh, cabar jangan masuk Penang atau Pahang atau mana-mana mereka nak tunggu, satu perkara yang lawak.

Tak lawak. Semua itu dibuat oleh orang yang memiliki akaun media sosial. Mungkin kalau kalian atau ahli keluarga dapat ugutan bunuh, mesti akan marah juga.

Tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, Caprice turut menambah bahawa sejak difitnah, namanya sering menjadi bualan serta menerima pelbagai ugutan dari masyarakat.

Bagaimanapun, dirinya mengakui hanya mampu bersabar dan tidak akan pernah berhenti untuk merungkai kebenaran sekaligus menjawab fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Kalian tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan berhenti. Apabila kebenaran dirungkai, saya berharap kalian semua si dungu siap-siap betulkan tetapan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti.

Mengakhiri ucapannya itu, Caprice menjelaskan bahawa negara kita mempunyai undang-undang dan berharap masyarakat yang tidak berpuas hati untuk bertemu dengan dirinya bagi menyelesaikan semua isu yang berbangkit.

Kredit: Instagram Caprice I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas