Connect with us

Oh! Media

Diajak ‘Bertemu’, Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Daripada Netizen

Oh! Artis

Diajak ‘Bertemu’, Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Daripada Netizen

Sejak akhir-akhir ini, nama Caprice sering menjadi perhatian netizen oleh kerana pelbagai isu dan kontroversi berlaku melibatkan penyanyi rap itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sebagai Orang Lebih Matang, Aku Minta Maaf” – Sharnaaz Mengaku Gurauan Agak Keterlaluan

Baru-baru ini, Caprice juga terpalit dalam kontroversi melibatkan pelakon tanah air, Sharnaaz Ahmad sehingga berlaku sedikit pergaduhan kecil.

Namun, perkara tersebut dilihat selesai selepas Sharnaaz memuat naik video berkaitan permohonan maaf kepada Caprice.

Video tersebut disambut baik olehnya dan turut memuat naik pada laman Instagramnya bagi mengumumkan penamat perbalahan mereka berdua.

Dedah ugutan dari netizen

Sejak pergelutan bersama pelakon tersebut, Caprice juga turut mendedahkan ugutan daripada netizen yang ingin bertemu dengannya.

Perkara itu dikongsikan olehnya di Insta Story memaparkan komen netizen yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap dirinya.

Individu tersebut dilihat menasihati usahawan itu untuk tidak datang ke Pulau Pinang dan dilihat berniat untuk mencederakannya.

Selain itu, menerusi perkongsian yang lain, terdapat individu lain yang dipercayai turut mengeluarkan ugutan melalui Direct message (DM) untuk mengajaknya berkelahi.

Selain itu, Caprice juga turut mendedahkan akaun Instagram milik individu yang mengugutnya itu yang dilihat tidak berpuas hati walaupun tiada sebarang isu melibatkan dirinya dengan individu tersebut.

Dedah lebih 60 ugutan

Menerusi hantaran yang lain pula, Caprice juga mendedahkan bahawa dirinya pernah menerima lebih daripada 60 ugutan termasuklah berkaitan ugutan bunuh.

Menurutnya, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sebagai bahan jenaka dan dia bersedia untuk membawa perkara ini ke tindakan undang-undang.

Mengakhiri ulasannya, dia juga turut menyatakan bahawa tidak akan berhenti daripada bersuara mengenai pelbagai isu hangat.

Dah penat buat laporan polis

Selain itu, Caprice juga mendapat nasihat daripada netizen yang menyarankan agar dia membuat laporan polis terhadap perkara itu.

Namun, dia menyatakan bahawa dirinya sudah penat untuk membuat laporan kerana perlu membuka serta mencari balik lebih daripada 60 DM tersebut.

Tambahnya lagi, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu terus memberikan tumpuan kepada misi utamanya iaitu bidang pekerjaannya serta keluarganya selepas tamat kuarantin kendiri.

Dia juga turut memaklumka akan mendapatkan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyelesaikan isu ugutan yang diterimanya sejak berada di Mesir, Jordan, KLIA dan semasa kuarantin.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas